Author: Jiwa Bakti

Program Harapan Ramadan hulurkan sumbangan kepada penerima di 14 kampung

SIMUNJAN: Golongan memerlukan tidak ketinggalan merasai kemeriahan Ramadan apabila 100 penerima menerima sumbangan barangan dapur melalui Program Harapan Ramadan di sini, semalam. Penerima terdiri daripada asnaf dan saudara baharu dari 14 kampung sekitar Daerah Simunjananjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama CIMB Islamic Bank. Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, […]

Dewan pelbagai guna bakal dibina di Daro

DARO: Masyarakat di kawasan ini bakal memiliki sebuah dewan pelbagai guna yang akan dibina bersebelahan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Al-Syafie Daro. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, dewan bernilai RM5 juta itu bagi memberi manfaat kepada masyarakat dan menyokong aktiviti pusat berkenaan. “Dewan berkenaan bakal dilengkapi dua gelanggang badminton, manakala […]

SABERKAS Lingga agih bubur lambuk di Bazar Ramadan Pemuda Parti PBB Simanggang

SIMANGGANG: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Lingga mengagihkan 1,000 pek bubur lambuk kepada pengunjung Bazar Ramadan Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Simanggang di Pasar Tamu Baru, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor memuji usaha belia SABERKAS yang menyediakan bubur lambuk tersebut. Beliau berkata, seluruh proses termasuk […]

Rumah Terbuka CNY Saratok semarak dalam semangat Ramadan

SARATOK: Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 anjuran anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan Saratok berlangsung penuh harmoni apabila diraikan dalam suasana saling menghormati sempena bulan Ramadan. Majlis di Dewan Terbuka SJKC Min Syn itu dihadiri pemimpin tempatan dan masyarakat pelbagai kaum dalam suasana harmoni. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad […]

247 pelajar, belia sertai program TEGAS

BINTULU: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) menganjurkan Program International Putra Bakti YLE–KUUB @ Youth Digital 2.0: AI4Youth–Future Leaders Training Series 2026. Menurut kenyataan media TEGAS, seramai 247 peserta menyertai program secara hibrid di TEGAS Digital Innovation Hub Bintulu di sini bermula semalam hingga hari ini. Peserta melibatkan pelajar dan belia dari UPM Sarawak, UPM […]

Sambut perayaan ikut model Sarawak saling menghormati

BINTULU: Rakyat Sarawak perlu mengikut model Sarawak yang menyambut perayaan masing-masing dalam suasana saling menghormati. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Prof. Dr Sim Kui Hian berkata, lebih-lebih lagi ketika umat Islam yang kini menyambut Ramadan. “Ini model Sarawak setiap kaum meraikan perayaan sendiri, tetapi pada masa sama saling mengunjungi dan menghormati,” katanya. Beliau berkata demikian […]

Sarawak tunggu kelulusan Parlimen penambahan kerusi DUN

KOTA SAMARAHAN: Cadangan penambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak daripada 82 kepada 99 kerusi kini masih menunggu kelulusan di peringkat Parlimen sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Dato’ Idris Buang berkata, resolusi berhubung perkara tersebut diluluskan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan kini bergantung kepada proses […]

Sarawak perhebatkan kesiapsiagaan hadapi Monsun Timur Laut

KUCHING: Kerajaan Sarawak mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) termasuk kemungkinan berlakunya banjir besar seperti tahun lalu. Menurut Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas, semua aset dan agensi terlibat digerakkan secara bersepadu. Beliau berkata, semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat Bahagian dan […]

SOPMA XXII: Sarawak beri insentif kepada pemenang dari 14 negeri

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyalurkan insentif kepada atlet dari 14 negeri yang memenangi pingat pada temasya SOPMA XXII Sarawak pada tahun lalu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sebelum ini, kerajaan negeri lazimnya hanya memberikan insentif kepada atlet Sarawak yang memenangi acara sukan tertentu. Namun katanya, pada tahun ini […]

Mesyuarat MA63: Sarawak bangkit isu pelaksanaan dasar kesihatan nasional

KUCHING: Sarawak akan membangkitkan beberapa isu berkaitan pelaksanaan dasar kesihatan nasional dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 minggu depan, bagi memastikan dasar tersebut sesuai dengan keperluan negeri. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, menjelaskan bahawa dasar kesihatan peringkat Persekutuan kadang-kadang diterapkan secara menyeluruh tanpa mengambil kira kekangan tenaga kerja dan […]