Bantu martabatkan belia Melayu

KUCHING: Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak Cawangan Astana (PKMSCA) merangka beberapa program latihan dan kesedaran untuk golongan belia masyarakat Melayu sepanjang tahun ini.

Pengerusinya, Sahmat Meterang memberitahu, latihan dan program kesedaran ini akan dapat membantu memartabatkan masyarakat Melayu.

Menurutnya, antara program yang akan dianjurkan ialah keagamaan, sosial dan ekonomi dengan mendedahkan peserta latihan membuat sabun menggunakan minyak masak terpakai.

Selain itu, kata Sahmat, PKMSCA juga akan menganjurkan kursus jangka pendek berkaitam teknologi maklumat (IT), kecergasan buatan (AI), digital dan pembangunan tenaga.

“Semua bidang ini adalah satu keperluan dalam pembangunan era masa kini dan untuk merebut
peluang itu, masyarakat Melayu perlu mampu menguasai bidang IT, AI dan tenaga jika tidak mereka akan ketinggalan,” katanya selepas Khatamal Al-Quran dan majlis berbuka puasa di sebuah hotel terkemuka di sini.

Majlis itu dianjurkan PKMSCA yang turut dihadiri Yang di-Pertua PKMS Pusat, Dr Wan Ali Tuanku Madhi.

Turut diadakan ceramah ujian personaliti biometrik oleh MGS Training and Consultancy, Siti Munirah Karia dan sumbangan duit raya kepada asnaf.

Turut hadir ialah Ketua Unit Hal Ehwal Islam UiTM Sarawak, Ustaz Muhammad Ilyas Mohamad Saleh.