KUCHING: Bazar Ramadan di Town Square, Kota Sentosa, Batu 7, Jalan Penrissen di sini antara bazar pilihan pengunjung.
Bazar Ramadan yang mempunyai 66 gerai itu menjual pelbagai jenis makanan dan minuman sebagai juadah berbuka puasa.
Apa yang menariknya, bazar ini bukan sahaja dikunjungi masyarakat Islam, tetapi turut dipenuhi masyarakat bukan Islam yang berkongsi suasana kemeriahan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap menyantuni para peniaga di bazar ramadan ini.
Beliau diiringi Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Kr. Tan Kai dan timbalannya, Kr Abang Ismawi Abang Ali.
Beliau turut mengagihkan topi dan apron yang ditaja oleh syarikat penjual ayam segar, CCK kepada peniaga.
Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Perbandaran Padawan Sr. Ita Ling dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Bazar Ramadan MPP, Kr Madhi Tomi serta beberapa ahli majlis MPP yang lain.
