Bazar Ramadan Sukma Ria beroperasi sehingga 30 Mac ini

KUCHING: E-Mart Sukma Ria dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menganjurkan Bazar Ramadan Sukma Ria 2025, di sini, bermula Ahad lalu.

Bazar terbabit akan beroperasi sehingga 30 Mac ini mulai jam 2 petang hingga jam 7 malam setiap hari.

Sebanyak 70 gerai disediakan yang terdiri daripada 46 gerai makanan, 18 gerai minuman dan enam gerai panggang.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali merasmikan bazar berkenaan.

Turut berlangsung sesi penyerahan Topi dan Apron kepada para peniaga daripada E-Mart Sukma Ria.

Hadir sama, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman dan Pengarah DBKU, Ramzi Abdillah.