BDA serah sumbangan CSR

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menyerahkan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat(CSR) kepada lima penerima di sini, semalam.

Sumbangan masing-masing sebanyak RM1,000 kepada setiap penerima iaitu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Persatuan Warga Emas, Persatuan Ibu Tunggal, Pertubuhan Anak- Anak Yatim (PERYATIM) Bahagian Bintulu, Surau Darus Syakirin Kampung Assyakirin Fasa 1.

Penyerahan sumbangan disempurnakan Timbalan Pengerusi BDA, Datuk Haidar Khan Asghar Khan di Majlis Sungkei BDA Bersama Komuniti Bintulu di Balai Raya Kampung Assyakirin Fasa 1, di sini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee dan ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming.

Sumbangan ini merupakan sebahagian usaha BDA menyokong institusi dan aktiviti kebajikan serta keagamaan, selaras dengan komitmen untuk memperkukuhkan kesejahteraan masyarakat.