Category: Persidangan DUN Sarawak

Bintulu bakal miliki pusat transit gelandangan baharu

KUCHING: Fasiliti Tempat Transit Gelandangan (TTG) di Bintulu kini berada dalam fasa persiapan akhir dan dijangka mula beroperasi pada suku pertama tahun depan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pusat tersebut berupaya menempatkan sehingga 30 gelandangan iaitu 18 lelaki dan 12 perempuan bagi menyediakan perlindungan sementara serta meningkatkan kesejahteraan […]

SEB mulakan kajian meter prabayar, projek perintis dijangka 2027

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) telah memulakan kajian pasaran bagi sistem meter prabayar sejak awal tahun ini sebagai sebahagian usaha meningkatkan keberkesanan penggunaan meter pintar di seluruh negeri. Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS), Datuk Ibrahim Baki berkata, kajian tersebut melibatkan beberapa kaedah prabayar bersama pelbagai penyedia perkhidmatan bagi menilai kesesuaian sistem itu […]

Sarawak perluaskan pemasangan ATM, CRM di pejabat daerah

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang melaksanakan pemasangan mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin kitar semula tunai (CRM) di pejabat daerah serta pejabat daerah kecil di seluruh negeri bagi meningkatkan akses perkhidmatan perbankan luar bandar. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Bank Negara […]

Sarawak kukuhkan usaha karbon berasaskan hutan

KUCHING: Inisiatif kredit karbon melalui Aktiviti Karbon Hutan memberi peluang kepada Sarawak mempelbagaikan sumber pendapatan negeri melalui penyertaan dalam pasaran karbon antarabangsa, sekali gus mengukuhkan komitmen terhadap pembangunan hijau dan mampan. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, pemaju projek menyediakan latihan dan program pembangunan kapasiti kepada komuniti […]

Simunjan perlukan ramai jurutera pakar untuk urus risiko bencana

KUCHING: Keupayaan teknikal Majlis Daerah Simunjan perlu diperkukuh dengan penambahan jurutera dalam bidang berkaitan keselamatan infrastruktur dan pengurusan risiko bencana bagi memastikan setiap isu di lapangan dapat ditangani dengan lebih cepat dan berkesan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berkata, ketiadaan kepakaran mencukupi menyebabkan banyak aduan teknikal terpaksa dirujuk ke luar daerah, sekali […]

RM102.5 juta perkasa pembangunan Balingian, enam projek RADDA lulus

KUCHING: Sebanyak enam projek di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) diluluskan Jawatankuasa Pemandu RADDA bagi kawasan DUN Balingian membabitkan kos berjumlah RM102.5 juta. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, kesemua projek itu kini berada di peringkat penyediaan […]

ADUN Tellian gariskan keperluan mendesak perkasakan pembangunan

KUCHING: Beberapa keperluan mendesak digariskan untuk tujuan pembangunan Sarawak khususnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian. Keperluan itu termasuk infrastruktur, utiliti asas, pendidikan, kesihatan, telekomunikasi, pelancongan dan perumahan di kawasan itu bagi memastikan kebajikan rakyat terus diperkukuh selaras dengan hala tuju pembangunan Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, pembangunan jaringan jalan raya […]

Hamzah Brahim cadang Zaid Ibrahim disekat masuk Sarawak

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan Datuk Hamzah Brahim menuntut tindakan undang-undang terhadap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Zaid Ibrahim serta mencadangkan beliau disekat daripada memasuki Sarawak. Hamzah menyifatkan kenyataan Zaid yang menggambarkan Sabah dan Sarawak “beban” kepada Malaysia sebagai berbahaya dan boleh mencetuskan ketegangan dalam Malaysia. Justeru, beliau menggesa pihak […]

Tapak SPKB Matang Batu 10, Gita dan Sungai Maong lulus

KUCHING: Projek Skim Pembesaran Kampung Bersepadu (SPKB) Matang Batu 10, Gita dan Sungai Maong di sini dijangka menyediakan sebanyak 330 lot kediaman. Timbalan Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata bagi pelaksanaan fasa satu yang berkeluasan lebih kurang 11.33 hektar dijangka menyediakan sebanyak 112 lot kediaman. Katanya, tapak tersebut berkeluasan […]

Projek jalan Telang Usan–Mulu dijangka mulai tender 2026

KUCHING: Projek menaik taraf bekas jalan pembalakan di kawasan Telang Usan dan Mulu, Baram, bakal merangkumi jarak lebih kurang 30.21 kilometer (km). Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir. Aidel Lariwoo, berkata projek itu juga akan melibatkan pembinaan sembilan jambatan. “Bagi mempercepatkan pelaksanaan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah menyusun strategi untuk membahagikan […]