KUCHING: Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Salad, SK Sg. Silas dan SK Sg. Setulan di Jepak yang memiliki infrastruktur daif, terdedah dengan banjir dan hakisan perlu dibina baharu. ADUN GPS-PBB Jepak, Iskandar Turkee berkata, SK Jepak, SK Kuala Tatau dan SK Setiam pula yang turut memiliki infrastruktur yang daif perlu dinaik taraf. “Kemudahan dan persekitran yang […]
Mahkamah Bumiputera distruktur semula
KUCHING: Sarawak bakal menyaksikan perubahan besar dalam sistem perundangan adatnya apabila Mahkamah Bumiputera distruktur semula secara menyeluruh, termasuk pelantikan majistret dan hakim bertauliah untuk mengendalikan kes. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera), Datuk Jefferson Jamit Unyat berkata, langkah ini adalah antara komponen utama yang digariskan dalam Pelan Induk Transformasi Mahkamah Bumiputera […]
Pendidikan tertinggi percuma mampu bantu kurangkan beban pelajar
KUCHING: Langkah proaktif Kerajaan Sarawak dalam menyediakan pendidikan tinggi secara percuma kepada anak-anak negeri ini disifatkan sebagai usaha strategik. Ia bagi melahirkan tenaga kerja mahir tanpa membebani graduan dengan hutang selepas tamat pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dr Annuar Rapaee berkata, dasar ini bukan sahaja membuka akses pendidikan kepada golongan kurang berkemampuan, […]
MINTRED rancang bina Anjung Usahawan Balingian
KUCHING: Anjung Usahawan Balingian dirancang dibina bagi kemudahan usahawan di kawasan tersebut. Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat berkata, pihaknya dimaklumkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) mempunyai perancangan untuk membina anjung terbabit. “MINTRED mempunyai perancangan untuk membina Anjung Usahawan Balingian yang mana proses pengambil alihan tanah tapak projek […]
Pekan Kanowit perlu dewan masyarakat, pusat ekonomi
KUCHING: Kerajaan Sarawak diharap mempertimbangkan cadangan membina dewan masyarakat dan mewujudkan Pusat Ekonomi Kanowit (KEC) di Pekan Kanowit. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS- Machan, Allan Siden Gramong berkata, dewan masyarakat amat diperlukan untuk penduduk mengadakan aktiviti sukan, majlis keramaian, mesyuarat dan sebagainya. “Walaupun Kanowit mempunyai Dewan Pejabat Daerah, tetapi dewan tersebut sentiasa digunakan oleh […]
Tanah NCR di 26 kawasan DUN Opar selesai diukur
KUCHING: Sebanyak 30 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar diluluskan untuk pengukuran perimeter tanah Hak Adat Bumiputera ( NCR) setakat 30 April 2025. Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sebanyak 26 kawasan terbabit selesai diukur dan 18 daripadanya telah diwartakan sebagai Rizab Komunal […]
Segerakan bekalan air terawat ke enam kampung, rumah panjang DUN Kalaka
KUCHING: Kerajaan Sarawak perlu segera menyediakan bekalan air terawat kepada enam kampung dan tujuh rumah panjang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, ini kerana mereka sehingga kini masih belum dibekalkan sumber air terawat dari Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB). “Kampung-kampung itu ialah Kampung Paloh, Kampung […]
Daro perlukan kolej Tingkatan Enam
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS-Daro, Safiee Ahmad merakamkan terima kasih kepda Kerajaan Sarawak pimpinan Premeir Sarawak, khususnya Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak kerana berjaya menunaikan impian dan harapan rakyat. Beliau berkata, jika dahulu hampir 60 kawasan di DUN Daro tiada bekalan elektrik, tetapi sekarang hampir kesemua kampung dan rumah panjang menikmati bekalan elektrik […]
MA63: Sarawak terus tuntut pertambahan kerusi Parlimen
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus menuntut penambahan kerusi Parlimen dan formula bagi Geran Khas kepada Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, keutamaan utama ketika ini ialah mencadang penambahan kerusi Parlimen terbabit di Dewan Rakyat. […]
SKAS: Sarawak peruntuk RM464.5 juta, 758,483 penerima terima manfaat
KUCHING: Pelaksanaan bantuan tunai secara digital menunjukkan pencapaian memberangsangkan apabila lebih 85 peratus penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) menerima bantuan melalui platform e-dompet S Pay Global. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, penyaluran bantuan secara digital ini bukan sahaja mempercepatkan proses pengagihan, malah selari misi kerajaan untuk memperkukuh sistem penyampaian berasaskan […]
