KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM425 juta bagi menaik taraf infrastruktur bekalan elektrik di Lundu, Lubok Antu, Bahagian Betong, Sungai Asap dan Lawas, sekali gus meningkatkan keupayaan sistem tenaga negeri. Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan PETROS), Datuk Ibrahim Baki berkata, daripada jumlah itu, RM98 juta diperuntukkan khusus untuk projek di Lundu. ‘’Ia termasuk pembinaan Talian […]
Sarawak pastikan kebajikan warga emas terjaga
KUCHING: Sarawak terus memperkukuh perlindungan sosial untuk warga emas sejajar dengan perubahan demografi negeri yang semakin menua. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus, berkata kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) menyediakan pelbagai bantuan dan program bagi memastikan kebajikan warga emas terpelihara. Antaranya, Bantuan Warga Emas (BWE) yang memberikan RM600 […]
ADUN Daro mahukan penjelasan status projek SK Penasu
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Dr Safiee Ahmad memohon agar pihak kementerian berkenaan khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) memberikan pencerahan status Projek Perpindahan dan Pembinaan Semula Sekolah Kebangsaan (SK) Penasu, Daro. Menurutnya, rojek tersebut yang dikategorikan projek sakit merupakan Projek Rakyat YAB Premier yang sepatutnya siap sepenuhnya pada 21 September 2025 setelah diberikan […]
Sarawak pacu mobiliti rendah karbon, cukai jalan EV turun 85% 2026
KUCHING: Sarawak memperkukuh komitmennya dalam membangunkan ekosistem mobiliti rendah karbon menerusi pelaksanaan dasar menyeluruh. Ini merangkumi penggunaan kenderaan elektrik (EV), kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV) dan teknologi hibrid. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni berkata, penggunaan EV, FCEV dan hibrid ketika ini masih tertakluk kepada Dasar Automotif Nasional […]
Kekurangan doktor diatasi, Sarawak teliti penubuhan fakulti perubatan, kejuruteraan
KUCHING: Kerajaan Sarawak kini memberi perhatian serius terhadap cadangan menubuhkan Fakulti Perubatan dan Kejururawatan di universiti milik kerajaan negeri sebagai langkah strategik untuk meningkatkan bilangan doktor dan jururawat tempatan pada masa hadapan. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapae’e berkata, kajian kebolehlaksanaan sedang dijalankan berikutan kekurangan 1,871 doktor, 246 pakar […]
Kebajikan petugas media perlu diutamakan, liputan mereka bantu rakyat
KUCHING: Kebajikan petugas media perlu diberi perhatian sebagai pengiktirafan terhadap peranan mereka. ADUN Tupong, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman berkata, media menjadi saluran utama dalam menyampaikan dasar dan program kerajaan kepada masyarakat. “Ini kerana, usaha wartawan memastikan maklumat sampai ke peringkat akar umbi wajar dihargai kerana mereka membantu rakyat memahami bantuan dan insentif yang tersedia,” katanya. […]
Banjir: Pelan mitigasi menyeluruh perlu disegerakan di Bintulu
KUCHING: Kerajaan diminta melaksanakan pelan mitigasi banjir melibatkan Sungai Sebiew dan Kuala Batang Kemena khususnya di Bintulu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, permohonan itu perlu diberi perhatian segera susulan banjir 29 Januari lalu sehingga menyebabkan penduduk Bintulu trauma serta mengalami kerugian harta benda yang besar. Menurutnya, antara langkah jangka pendek yang […]
Unit OGO SEB siap siaga baiki sistem solar rumah panjang
KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) mempunyai Unit Off-Grid Operation (OGO) yang siap siaga memulihkan sistem solar sekiranya berlaku kerosakan di rumah-rumah panjang di Kapit. Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) Datuk Ibrahim Baki berkata, Unit OGO turut bertindak segera membaiki sistem solar serta melaksanakan kerja penyelenggaraan berkala bagi memastikan sistem berfungsi dengan baik. […]
62.9 hektar tanah FLC diserah balik untuk pembangunan
KUCHING: Sebanyak 64 lot tanah dengan jumlah keluasan 62.9 hektar atau 155 ekar milik Federal Lands Commissioner (FLC) yang tidak dibangun diserah balik kepada Kerajaan Sarawak setakat ini. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, kesemua tanah tersebut telah didaftarkan sebagai tanah kerajaan pada 1 April 2024 […]
Sarawak bantu pesawah kecil melalui pelbagai skim pertanian
KUCHING: Kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan khusus bagi menyokong pesawah berskala kecil di Sarawak, khususnya di kawasan Kalaka, kata Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Martin Ben. Beliau berkata, antara skim yang ditawarkan ialah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP), Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP), Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) serta Bantuan […]
