KUCHING: Petrolium Nasional Berhad (PETRONS) hari ini menyumbang peralatan perbuatan asas termasuk mesin ultrasound, MacroView Plus Otoscope, vascular doppler dan alat pemantauan tekanan darah, selain kelengkapan bukan perubatan bagi menyokong kelancaran operasi Klinik Kesihatan Batu Kawa di sini. Pengurus Besar PETRONAS Sarawak, Norazibah Md Rabu menyerahkan sumbangan peralatan perubatan asas itu sambil disaksikan oleh Timbalan […]
Sarawak tuan rumah Perhimpunan Wanita Antarabangsa Selatan Asia 2026 mulai 8-10 September depan
NEW DELHI, India: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah mengetuai delegasi dari Sarawak dalam rangka lawatan ke New Delhi, India, mulai semalam. Turut mengiringi Fatimah ialah Presiden Persatuan Wanita India Sarawak (SIWA), Penghulu Lucy Linggam dan ahli-ahli SIWA. Semasa berada di New Delhi, mereka mengadakan perbincangan konstruktif dengan Pengasas dan […]
Siap siaga hadapi Monsun Timur, patuhi arahan berpindah
KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan akan memantau penempatan yang ditinggal penduduk semasa proses pemindahan banjir bagi memastikan keselamatan harta benda dan keadaan rumah terkawal. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) yang juga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, jaminan itu disampaikan sendiri oleh wakil PDRM dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan […]
Felicia Tan kini Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran)
KUCHING: Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datu Felicia Tan Ya Hua menjawat jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran). Beliau yang memulakan tugas pada hari ini, mengambil alih jawatan tersebut daripada Datu Buckland Bangik yang bersara daripada Perkhidmatan Awam Sarawak selepas 37 tahun berkhidmat. Majlis serah tugas itu disaksikan Setiausaha […]
Sarawak tuan rumah APACE 2026 mulai 26-29 Januari ini
KUCHING: Sarawak dipilih menjadi tuan rumah Asia Pacific Aerospace Conference & Exhibition (APACE) 2026. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, persidangan dan pameran itu bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) mulai 26 hingga 29 Januari ini. “APACE 2026 memberi penekanan utama kepada pembangunan bakat tempatan […]
Perjalanan penduduk Kampung Kudei Dungun lebih selamat, jambatan belian siap
KUCHING: Penduduk Kampung Kudei Dungun menggunakan jambatan belian fasa kedua dengan lebih selamat selepas kerja baik pulih jambatan itu siap sepenuhnya. Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan PETROS), Datuk Ibrahim Baki berkata, laluan tersebut menjadi akses lebih 500 penduduk kampung berkenaan. “Jambatan berharga RM280,000 itu sepanjang 180 meter (m) dengan lebar 1.2 meter itu siap […]
Tiga projek infrastruktur Gedong dipantau rapi, jawatankuasa petugas khas akan ditubuh
GEDONG: Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) memantau tiga projek infrastruktur di kawasan Gedong yang bernilai RM2.8 bilion. Timbalan Premier Sarawak, yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia bagi memastik projek tersebut siap mengikut jadual. Projek terbabit melibatkan Lebuhraya Serian–Gedong–Samarahan sepanjang […]
KMKK perlu senaraikan projek terbaik untuk DUN Kalaka
SARATOK: Pemimpin akar umbi perlu lebih proaktif mengenal pasti dan menyenaraikan projek yang memberi impak besar kepada sosioekonomi dan kemudahan asas penduduk di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, ini termasuk semua Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka. “Saya menyarankan agar semua KMKK bekerjasama […]
PADUM disaran tubuhkan jawatankuasa pemikir, bantu prestasi pendidikan luar bandar
KUCHING: Persatuan Alumni Dayak Universiti Malaya (PADUM) bersama Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dayak diminta mencari kaedah memperbaiki prestasi pelajar luar bandar Sarawak. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini penting bagi memastikan pelajar itu termasuk dari komuniti Dayak tidak tercicir menikmati Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) yang mula dilaksanakan tahun ini. […]
Pesta Ambal Asajaya berpotensi sebagai produk pelancongan
ASAJAYA: Pesta Ambal Asajaya 2026 berpotensi diketengahkan sebagai produk pelancongan dan membawa pembangunan di sini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, produk pelancongan terbabit berteraskan budaya, alam semula jadi serta warisan makanan tradisional. “Penganjuran pesta dari 3 hingga 4 Januari juga melengkapi usaha kerajaan negeri yang […]
