KOTA SAMARAHAN: Sarawak mempunyai pelan pembangunan serta model kewangan tersendiri untuk meneruskan projek besar tanpa terlalu bergantung kepada Kerajaan Persekutuan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini termasuk perancangan pembinaan Lapangan Terbang Tanjung Embang dan Pelabuhan Dalam Laut Kuching. Katanya, dua projek mega itu bakal memberi impak terhadap pembangunan kawasan […]
RM285,000 naik taraf gelanggang futsal Kampung Sungai Maong
KUCHING: Projek naik taraf gelanggang futsal sudah diluluskan untuk Kampung Sungai Maong di Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok. Timbalan Menteri Utiliti Sarawak ( Sarawak Energy & PETROS) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki berkata, peruntukan projek terbabit sebanyak RM285,000 telah diluluskan bulan lalu. “Agensi pelaksana projek berkenaan ialah Majlis Perbandaran […]
Program KCFM mampu bersihkan udara bandar raya
KUCHING: Program Kuching Car Free Morning (KCFM) edisi Hari Raya bukan sahaja menggalakkan aktiviti riadah dalam kalangan warga kota, malah menyumbang kepada usaha melestarikan alam sekitar. Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek bagi Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, antaranya dengan mengurangkan pencemaran udara […]
Iktiraf Rumah Batu sebagai rumah warisan
KUCHING: Kerajaan Sarawak menyokong penuh inisiatif Jawatankuasa Pengurusan Wakil Waris 8 (JKWW8) dalam memulihara dan mengangkat kembali kegemilangan Rumah Batu (RB) Datu Bandar Abang Muhammad Kassim Datu Bandar Abang Bolhassan (DBAK) yang kaya dengan nilai sejarah dan budaya. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, RB yang terletak di Jalan Datuk […]
Pengalaman, sumbangan pesara aset berharga buat negara – Len Talif
KUCHING: Persatuan Pesara disaran terus menjadi platform yang aktif dan inklusif, bukan sahaja menjaga kebajikan ahli, tetapi memanfaatkan kebolehan dan kepakaran warga pesara. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, langkah itu perlu untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. Katanya, golongan pesara merupakan aset berharga kepada negeri ini, meskipun […]
Tahniah, Azizul dapat undi tertinggi
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu ,Azizul Annuar Pehin Sri Adenan memenangi jawatan Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi penggal 2025-2029. Beliau adalah Presiden Tekwondo Malaysia (WTF), mendapat undi tertinggi dalam pemilihan jawatan itu pada Mesyuarat Agung Tahunan MOM ke-44, di Kuala Lumpur, semalam. Calon lain adalah Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (PWM), […]
CENTEXS bantu Sarawak hadapi cabaran penuaan
MUKAH: Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) memainkan peranan signifikan membantu Sarawak mendepani cabaran sebagai negeri penuaan menjelang 2028. Ini melalui pelaksanakan program Certificate in Training for Elderly Caregivers (TREC) bertujuan melatih individu dalam pelbagai bidang kemahiran untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak & Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato’ Sri Fatimah Abdullah. Katanya, langkah […]
Kaul Mukah Run berpotensi penggerak sektor pelancongan
MUKAH: Seramai 734 peserta memeriahkan Kaul Mukah Run 2025 anjuran Persatuan Melanau Mukah di Tapak Kaul Mukah hari ini. Larian mempertandingkan kategori 10km, 5km dan 3km itu dilepaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian merangkap Pengerusi Persatuan Melanau Mukah, Abdul Yakub Arbi. Abdul Yakub berkata, acara tersebut berpotensi sebagai penggerak sektor pelancongan dan ekonomi […]
DUN Saribas berpotensi dibangun sektor pertanian, pelancongan
KUCHING: Anak Debak di perantauan disaran memberi pandangan dan idea untuk memajukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas dan daerah kecil Debak. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, ini kerana kawasan terbabit memiliki potensi besar dibangun sebagai sektor pertanian dan pelancongan. “Saya berharap semua lapisan masyarakat di DUN […]
Wacana Khas Wanita dan Keluarga Islam Sarawak fokus isu kekeluargaan
BINTULU: Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak menganjurkan program Wacana Khas Wanita dan Keluarga Islam Sarawak di Balai Raya Kampung Assyakirin di sini, hari ini. Program dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta fokus kepada isu kekeluargaan seperti penceraian, hak jagaan anak, nafkah […]
