KUCHING: Kebijaksanaan bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ketika memegang tampuk pimpinan menjadi asas yang mengekalkan keharmonian politik di negeri ini. Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol berkata, beliau merasa bangga berkhidmat menjadi Ketua Setiausaha Politik kepada Abdul Taib […]
Program SejaTi Madani perkasa ekonomi usahawan kampung
DARO: Program SejaTi Madani yang diperkenal Kerajaan Pusat menjadi platform memperkasakan ekonomi usahawan di kawasan kampung. Menurut Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi, di bawah program itu setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan diperuntukkan RM100,000 bagi melaksanakan Program Peningkatan Ekonomi di setiap kawasan masing-masing. Pengerusi JKKK boleh mengemukakan kertas kerja kepada pihak Pejabat […]
MVCC tangani bekalan elektrik ke Simunjan
KUCHING: Punca utama gangguan bekalanm elektrik di kawasan Simunjan ekoran talian pengagihan panjang yang terdedah kepada unsur-unsur luar. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Abdul Rahman Junaidi berkata, antaranya seperti keadaan cuaca buruk, sambarankilat, haiwan atau sentuhan pokok. “Bagi menangani masalah tersebut, sumber bekalan elektrik ke Simunjan dialih daripada pencawang Kota Samarahan ke pencawang Asajaya. […]
Perjuangan Almarhum Tun Taib dikenang, pacu pembangunan Sarawak -Abang Johari
KUCHING: Mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang kembali ke rahmatullah 20 Februari lalu, akan tetap dikenang pemimpin dan rakyat Sarawak. “Segala jasa, perjuangan dan pengorbanan Almarhum akan tetap dikenang oleh setiap pemimpin dan rakyat dalam memacu kemajuan Sarawak ke tahap yang lebih tinggi,”menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan […]
47 permohonan kewarganegaraan masih diproses
KUCHING: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak menerima sebanyak 50 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A, Perlembagaan Persekutuan dari Januari hingga Mac 2024. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, permohonan kewarganegaraan itu melibatkan kanak-kanak dan individu berusia 21 tahun ke bawah. Sementara, sebanyak tiga atau enam peratus permohonan terbabit sudah […]
RUU Perbadanan Perhutanan Sarawak (Pindaan) 2024 sokong pengambilan komuniti tempatan dalam pemuliharaan
KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) Perbadanan Perhutanan Sarawak (Pindaan) 2024 akan memberi manfaat kepada masyarakat yang terlibat dalam pemuliharaan hidupan liar. Safiee Ahmad (GPS- Daro), berkata, RUU membantu dalam memperkemas dan meningkatkan kecekapan pengurusan dalam pemuliharaan dan perlindungan hidupan liar Sarawak dan habitatnya. “RUU ini akan dapat memberi manfaat kepada masyarakat selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca […]
Masyarakat Melayu harus kuasai ilmu teknologi – Abang Johari
KUCHING: Masyarakat Melayu harus menguasai ilmu teknologi untuk bersaing dengan kaum lain, menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Tegasnya, hanya dengan menguasai teknologi ini, mereka mendapat penghormatan di persada dunia. “Orang kita jangan ‘kalah bulu’ bak kata orang. “Mereka juga sama seperti kita, jadi bacalah buku dengan banyak, tambah ilmu […]
RUU Perbadanan Perhutanan Sarawak (Pindaan) 2024 perkukuh usaha pemeliharaan alam sekitar
KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) Perbadanan Perhutanan Sarawak (Pindaan) 2024 akan memperhalusi, mengukuh dan meningkatkan rangka kerja undang-undang. Undang-undang itu bertujuanmengawal perlindungan dan pengurusan kawasan yang dilindungi dan hidupan liar di Sarawak. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, RUU itu juga memastikan tiada pertindihan tugas antara Jabatan Hutan Sarawak dan Perbadanan Perhutanan […]
Sarawak guna dana sendiri bina, naik taraf sekolah daif
KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju membina dan menaik taraf sejumlah 100 sekolah daif di seluruh negeri. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek tersebut akan menggunakan dana Sarawak sendiri namun akan dibayar balik oleh Kerajaan Pusat. Menurut beliau, kerajaan negeri juga membangunkan lima sekolah antarabangsa menggunakan dana sendiri. Katanya, inisiatif tersebut […]
RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024 dilulus
KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024 bertujuan menubuhkan pihak berkuasa mengurus, mengawal selia, mengawal dan mentadbir semua pelabuhan di Sarawak. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar mengumumkan kelulusan RUU itu setelah memperoleh undian sebulat suara pada hari […]
