CIDB Sarawak anjur majlis iftar hargai PBT

KUCHING: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Sarawak menganjurkan majlis iftar bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) di Hotel Samudra di sini, malam tadi.

Ahli Parlimen Tanjong Manis merangkap Pengerusi CIDB Malaysia, Yusuf Abd Wahab menghadiri majlis tersebut.

Majlis bertujuan memperkukuhkan silaturahim serta menghargai jasa dan peranan PBT dalam pembangunan serta mempromosi ICW Borneo 2025.

Hadir sama Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Dato’ Zaiedi Suhaili, Jurutera Awam Kanan, JKR Sarawak (Wakil Pengarah JKR Sarawak),Ir. Ts. Kiew Siaw Hiong, Pengarah CIDB Sarawak,Ts. Br. Rosmen Ag. Hassan, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Teknologi Ibu Pejabat CIDB, Mohammad Faizal Abdul Hamid, Pengurus CIDB Cawangan Sibu, Mirza Fariza Narawi, Pengurus CIDB Cawangan Bintulu,Ts. Kamarul Azman A. Razak, Pengurus CIDB Cawangan Miri, Halid Samian, dan Pengurus CIDB Technologies Sarawak, Mohammad Johari Morni.