Premier Sarawak berbuka puasa bersama kakitangan DBKU

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Berbuka Puasa Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, semalam.

Seramai 300 kakitangan DBKU hadir di majlis itu yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan negeri, kakitangan DBKU dan masyarakat, selain mengimarahkan Ramadan.

Premier Sarawak turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 20 anak yatim dari Pusat Kebajikan Datuk Amar Hajjah Jumaani selepas menunaikan solat Maghrib dan berbuka puasa.

Beliau kemudian bersama tetamu dan kakitangan DBKU menunaikan solat Isyak dan sunat terawih.

Hadir sama, Menteri Di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Dato Fazzrudin Abdul Rahman, Peguam Besar Sarawak Dato Sri Saferi Ali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Muhammad Abdullah Zaidel, Datuk Bandar DBKU Dato Hilmy Othman.