Geran modal pemerkasaan wanita perlukan tambahan RM1.8 juta

KUCHING: Geran modal pemerkasaan wanita Sarawak memberi manfaat kepada 1,274 penerima pada tahun lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia membabitkan jumlah keseluruhan bernilai RM2.5 juta.

Katanya, penyaluran geran itu bagi membantu meningkatkan produktiviti perniagaan usahawan wanita Sarawak melalui penambahbaikan
peralatan perniagaan mereka.

“Geran itu telah berhasil meningkatkan pendapatan mereka sebanyak 23.29% daripada pendapatan asal. Berdasarkan penilaian permohonan yang
telah diterima, terdapat seramai 883 usahawan yang layak memerlukan peruntukan tambahan berjumlah RM1.8 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Katanya, geran atas keprihatinan Premier Sarawak itu membantu menambah ekonomi usahawan wanita.