Jambatan Muara Lassa beri manfaat kepada warga Daro

DARO: Projek Jambatan Muara Lassa yang sedang rancak dibina akan memberi banyak manfaat kepada penduduk Daro dan sekitarnya.

Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi berkata, masyarakat tidak akan membuang masa beratur menunggu feri apabila jambatan itu siap kelak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Berlanggar Meja Ramah Tamah Aidilfitri anjuran PIBG SK Pangtray dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) di Kampung Pangtray hari ini.

Menurut jadual, Projek Jambatan Muara Lassa dijangka siap pada tahun ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata sebuah Dewan Serbaguna akan dibina di SK Kampung Pangtray Daro.

“Sebagaimana yang dimaklumkan kita telah mendapat maklum balas daripada pihak JPN Sarawak atas permohonan untuk membina sebuah dewan serbaguna di SK Kpg Pangtray telah diberi kelulusan dan saya telah memperuntukkan sebanyak RM350,000 untuk pembinaan dewan ini yang akan dilaksanakan pada tahun ini juga,” katanya.