Rumah terbuka Aidilfitri ADUN, Ahli Parlimen di Lundu

LUNDU: Seramai 1,000 orang hadir rumah terbuka Aidilfitri dua wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu, di sini, hari ini.

Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Pehin Sri Adenan dan Ahli Parlimen Santubong yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri.

Orang ramai dihidangkan pelbagai makanan termasuk nasi pengilan, ice-cream, apam balik crispy, kopi Hainan, cucur pisang dan cucur cakar ayam dari keribang.

Selain itu seramai 300 kanak-kanak juga menerima duit raya.

Hadir sama, Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu, ADUN Serembu merangkap Ketua Pergerakan Pemuda PBB Sarawak. Miro Simoh, Setiausaha Politik Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Datuk Draup dan ahli jawatankuasa Cawangan PBB N3 Tanjong Datu dari Badan Induk, Pemuda dan Wanita.