KUCHING: Sebanyak 500 pek bubur pedas diagihkan kepada orang awam di Majlis Agihan Bubur Pedas Kejiranan Mesra Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) hari ini.
Menurut kenyataan media DBKU, majlis sempena Ramadan dan program tahunan DBKU itu telah diadakan di Kompleks Sukan Satok (Padang SLPAS), di sini.
Majlis untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat itu telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Dato’ Sri Fadillah Yusof.
Turut diadakan Sumbangan Khas Ramadan
daripada Kompleks Sukan Satok dan Bank Muamalat kepada seramai 75 orang golongan asnaf di kawasan N8 Satok.
Turut hadir, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab DBKU, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki, Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman, Pengarah DBKU, Ramzi Abdillah serta Pengurus Perniagaan Wilayah Bank Muamalat Kuching, Zamri Sajali.
