SAMARAHAN: Kerajaan Pusat yakin isu pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) termasuk penangguhannya di Sarawak boleh diselesaikan dengan baik.
“Sebenarnya tidak ada apa nak bincang dan nampak semua isu-isu itu boleh kita selesaikan dengan baik,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hadir sama, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof dan tetamu kenamaan lain.
Beliau berkata demikian di Majlis Berbuka Puasa MADANI Sarawak 2024 di Masjid Al-Muttaqin, di sini, hari ini.
Anwar Ibrahim berkata, ketika ini pendaftaran PADU di Sarawak berjalan dengan baik dan pihaknya menerima kebimbangan mengenai perlaksanaan sistem itu.
“Kita akan tangani dengan baik, jadi tak ada masalah,”katanya tetapi enggan mengulas lagi samada tempoh pendaftaran sistem itu yang tamat esok akan dipanjangkan.
GAMBAR:JAPEN
