Konsul Jeneral Malaysia Davao City anjur sambutan Tahun Baharu Cina

DAVAO CITY: Konsul Jeneral Malaysia di Davao City, Deddy Faisal Ahmad Salleh dan isteri menganjurkan majlis makan malam sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

Majlis tersebut dihadiri oleh rakyat Malaysia yang menetap di Davao.

Penganjuran majlis itu bertujuan mengeratkan silaturahim sesama komuniti rakyat Malaysia di perantauan sambil menikmati juadah tradisional yang melambangkan kemakmuran dan kesejahteraan.

Salah satu acara kemuncak ialah upacara menggaul yee sang, simbolik kepada doa bersama untuk kemakmuran, kejayaan, dan kebahagiaan.

Gelak tawa dan ucapan penuh semangat semasa menggaul yee sang mencerminkan keakraban dan perpaduan yang erat dalam kalangan rakyat Malaysia di Davao.

Semoga sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini disambut dengan penuh kemeriahan oleh seluruh warga Malaysia dalam semangat kekeluargaan dan perpaduan.