SIMANGGANG: Anak jati Sri Aman kelahiran Kampung Melayu Bakong, Mahra Salleh dilantik sebagai Residen Bahagian Sri Aman baharu.
Beliau sebelum ini Timbalan Residen Bahagian Betong menggantikan Abang Mohamad Porkan Abang Budiman yang kini bertugas sebagai Residen Bahagian Sibu.
Mahra,52, sehubungan itu mengharapkan pihak memberikan kerjasama, teguran, pandangan serta idea konstruktif untuk menyokong pentadbirannya.
“Ingin saya tekankan bahawa saya adalah Residen untuk semua kaum dan agama bagi Bahagian Sri Aman,” katanya ketika dihubungi.
Oleh itu, katanya semua pihak berhak memberikan input berguna dan pandangan konstruktif untuk penambahbaikan perkhidmatan.
