Perkukuh pembudayaan Al-Quran, 10,000 mushaf diedar ke seluruh Sarawak

KUCHING: Sebanyak 10,000 naskhah mushaf wakaf diagihkan ke seluruh Sarawak menerusi Majlis Agihan Mushaf Wakaf Bahagian Kuching sebagai inisiatif membudayakan dan mengembangkan ilmu Al-Quran. Majlis keberkatan ini diadakan di Dewan Majma Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, di sini hari ini, di bawah seliaan Majlis Islam Sarawak (MIS) yang dilaksanakan oleh Pusat Pengembangan Al-Quran Darul Hana […]

Pelbagai aktiviti imarahkan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak 6 Mac ini

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Pengelola Majlis Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak di kediaman rasmi beliau, di sini. Kunjungan diadakan hari ini diketuai oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul […]

Memacu ekonomi jadi fokus utama DUN Tanjong Datu – Azizul

​LUNDU: Seramai 52 ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tanjong Datu dan 34 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) menerima sumbangan Aidilfitri, di sini, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan menyempurnakan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu. Azizul berkata, fokus utama pembangunan akan […]

Juh Sungke @ Lundu bakal diadakan 7 Mac ini, orang ramai dijemput hadir

LUNDU: Program Juh Sungke @ Lundu bakal menghimpunkan masyarakat dalam majlis berbuka puasa secara santai dengab penuh pengisian pada 7 Mac ini di Centexs Lundu. Program yang dianjurkan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan rakan strategik itu bertujuan mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat kebersamaan sempena bulan Ramadan. Antara pengisian yang disusun termasuk kaunter bayaran zakat […]

Premier Sarawak sertai majlis iftar bersama PERYATIM Kuching

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meneruskan aktiviti mengimarahkan Ramadan dengan menghadiri Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) Cawangan Kuching yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Satria Pertiwi, di sini, malam ini. Ia kali pertama program seumpama diadakan di Kompleks […]

Jaga Sarawak, hayati pesanan Allahyarham Adenan Satem

LAWAS: Rakyat diingatkan agar terus menjaga dan mempertahankan Sarawak seperti pesanan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem. Ahli Parlimen Lawas, Henry Sum Agong berkata, pesanan itu wajar dijadikan pedoman oleh setiap generasi anak negeri ini. “Amanah tersebut perlu diterjemahkan melalui semangat perpaduan serta kesiapsiagaan rakyat Sarawak bagi memastikan setiap perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya. […]

Sarawak tubuh unit bantu tangani perubahan iklim

KUCHING: Kerajaan Sarawak menubuhkan Unit Diplomasi Tenaga dan Iklim Sarawak untuk mengetuai sesi libat urus berkaitan iklim, karbon dan peralihan tenaga. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, unit itu akan disokong secara teknikal oleh Pusat Perubahan Iklim Sarawak di peringkat wilayah dan antarabangsa. Penubuhan unit itu sejajar dengan komitmen Sarawak […]

Rakyat Malaysia di Timur Tengah dinasihat patuhi arahan keselamatan

SARIKEI: Rakyat Malaysia khasnya Sarawak yang terkandas akibat konflik di beberapa negara Timur Tengah dinasihat agar berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan kedutaan Malaysia di negara masing-masing. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pihak kedutaan sentiasa memantau perkembangan semasa dan berusaha memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang […]

Projek jalan baharu percepatkan akses, tingkat mobiliti Sebuyau

SEBUYAU: Projek pembinaan jalan baharu amat penting bagi meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya, khususnya penduduk Kampung Sungai Ijok di sini dan kawasan sekitarnya. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi berkata jalan baharu itu dijangka memberi kesan positif kepada penduduk dengan memudahkan urusan […]

Jelajah Ramadan Pusat Khidmat Kuala Rajang santuni masyarakat Sarikei

SARIKEI: Program Jelajah Ramadan diteruskan malam ini di Masjid Al-Muttaqin memasuki hari keempat siri jelajah anjuran Pusat Khidmat N.41 Kuala Rajang. Program yang dihadiri Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh merangkap ADUN Kuala Rajang menyantuni rakyat dengan turun padang, duduk bersama dan mendengar suara hati penduduk. Inisiatif berkenaan […]