Isu teknikal halang pembangunan Tunoh berjaya diselesai

KAPIT: Isu teknikal yang sekian lama menghalang pembangunan di kawasan Tunoh akhirnya berjaya diselesaikan, sekali gus membuka laluan kepada pelaksanaan semula projek pembangunan di kawasan berkenaan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan selesainya segala urusan berkaitan, kerajaan negeri kini dapat meneruskan agenda pembangunan yang pernah dirancang sejak era kepimpinan […]

Pelan induk pacu pembangunan Kapit

KAPIT: Pelan Induk Kapit yang sedang dilaksanakan memberi tumpuan kepada peluasan bandar, mengurangkan kesesakan dan memperindahkan kawasan persekitaran untuk manfaat penduduk. Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, pelan itu juga untuk mengatur pertumbuhan bandar secara tersusun dan mampan. “Pendekatan itu mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat sambil memacu […]

Kapit bakal jadi bandar moden baharu, RM1.96 bilion bagi projek bekalan air

KAPIT: Kapit bakal muncul sebagai bandar moden baharu di Sarawak hasil pelaksanaan pelbagai projek pembangunan berimpak tinggi yang kini giat dijalankan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.96 bilion bagi projek bekalan air di bahagian ini selain menambah peruntukan bagi kemudahan elektrik dan sistem rawatan air. Beliau […]

38 projek GKCDA di Tanjung Datu

LUNDU: Empat daripada 38 projek di bawah Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) di sini telah siap manakala 12 lagi masih dalam pelaksanaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, dua lagi daripadanya masih dalam proses tender, enam masih di pihak konsultan dan 14 masih dalam perancangan. Beliau berkata demikian pada […]

Projek bina IPD Matu Daro baharu diberi keutamaan KDN

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjadikan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Matu Daro yang baharu di Parlimen Igan sebagai keutamaan. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pembinaan IPD Matu Daro menjadi keutamaan KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan projek itu dapat dilaksanakan dengan kadar segera. Beliau […]

Siapkan projek ikut jadual

BETONG: Sebanyak 104 projek fizikal dikenal pasti sedang dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong) di bawah seliaan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, pelaksanaan projek berkenaan memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur dan kemudahan rakyat. Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Projek Kawasan […]

Rakyat perlu fahami dasar, inisiatif Kerajaan Sarawak

KUCHING: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) memperkukuh kefahaman rakyat terhadap dasar dan inisiatif Kerajaan Sarawak seiring dengan ketangkasan kepimpinan Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sejak beliau memegang tampuk pentadbiran 2017. Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, peranan UKAS untuk memastikan rakyat […]

PETROS latih 76 juruteknik operasi, penyelenggaraan

KUCHING: Seramai 76 juruteknik operasi dan penyelenggaraan terdiri daripada anak Sarawak tamat mengikuti latihan bekerja dengan industri tenaga wilayah. Latihan bekerja itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Petroleum Sarawak (PETROS) membangunkan tenaga kerja untuk Loji Tenaga Turbin Gas (CCGT) Miri 500W yang dijadual beroperasi pada Disember 2027. Antara syarikat tenaga tempat mereka menjalani latihan bekerja […]

Integriti, lestari pacu industri perkayuan

KUCHING: Nilai integriti yang diterapkan dalam setiap tindakan, menjadikan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) sebagai contoh pengurusan sumber yang bertanggungjawab dan beretika. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, yang juga Ahli Lembaga Pengurusan PUSAKA, Datuk Len Talif Salleh berkata Hari Integriti mengangkat aspirasi bahawa integriti dan kelestarian adalah unsur penting yang […]

Kejayaan Muzium Budaya Borneo popularkan Sarawak

KUCHING: Kejayaan Muzium Budaya Borneo menduduki tangga teratas dalam undian laman global Museum World Ranking membuktikan keunikan dan daya tarikannya di peringkat antarabangsa, sekali gus menjulang nama Sarawak di mata dunia. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keistimewaan muzium itu terletak pada pendekatannya yang interaktif dan berasaskan teknologi moden, menjadikannya […]