Sarawak rancang laluan penerbangan terus ke Kuantan
KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang meneliti cadangan membuka laluan penerbangan terus antara Kuching dan Kuantan melalui syarikat penerbangan milik negeri, AirBorneo. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah ini bertujuan memperkukuh jaringan pengangkutan domestik serta memudahkan mobiliti antara kedua negeri. Katanya, inisiatif ini bukan sahaja memudahkan perjalanan, malah membuka ruang untuk […]
Pelajar Seng Kang Secondary School pelajari ekosistem digital, inovasi Sarawak
KUCHING: Pendedahan awal terhadap teknologi dan inovasi menjadi fokus lawatan 35 pelajar Seng Kang Secondary School, Singapura, ke TEGAS Digital Village, baru-baru ini. Menurut kenyataan TEGAS, kunjungan tersebut bertujuan memberi pengalaman langsung kepada pelajar luar negara mengenai pembangunan ekosistem digital dan inovasi yang sedang giat dijalankan di Sarawak. “Lawatan ini juga menjadi platform pertukaran ilmu […]
Taman Rimba Sebangkoi berpotensi destinasi pelancongan baharu
SIBU: Taman Rimba Sebangkoi berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan baharu di bawah jajaran Lebuhraya Pan Borneo (LPB) susulan penemuan pelbagai spesies flora dan fauna unik hasil ekspedisi Jabatan Hutan Sarawak (JHS) baru-baru ini. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, penemuan itu membuktikan kekayaan biodiversiti Sebangkoi yang […]
PETRA lulus 44 projek bernilai RM5.995 bilion di Sarawak
KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) meluluskan sebanyak 44 projek pembangunan bernilai RM5.995 bilion di Sarawak. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri PETRA, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata projek terbabit terbahagi kepada sebanyak 11 projek baharu dan 33 projek sambungan. “Fokus pembangunan (projek) seperti tebatan banjir, pencegahan hakisan pantai, pemuliharaan sungai, bekalan air […]
Kerjasama Sarawak–Pahang lonjak industri pelancongan, warisan budaya
KUCHING: Kerjasama erat antara Sarawak dan Pahang diyakini mampu melonjakkan pembangunan sektor pelancongan serta warisan budaya kedua-dua negeri, menurut Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, kedua-dua negeri mempunyai kekayaan sumber alam semula jadi dan keunikan budaya yang berpotensi dipromosikan di peringkat global. “Pahang dan Sarawak menjalin hubungan erat untuk kepentingan […]
Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang tiba di Kuching, mulakan lawatan empat hari
KUCHING: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah serta KDYMM Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj selamat berangkat tiba di Terminal Orang Kenamaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini. Keberangkatan tiba Seri Paduka […]
Jangan mencerca rezeki, nasihat Abdullah
PULAU BRUIT: Nasihat ringkas ibu bapa boleh dijadikan asas penting dalam membentuk sahsiah diri, menanam nilai kejujuran serta rasa syukur dalam kehidupan seharian, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol. Beliau berkongsi nasihat yang pernah diberikan oleh ibunya semasa kecil dan masih diingati hingga kini pada […]
Kupon sah letak kereta boleh dikembali semula di Pejabat Kuching City Parking
KUCHING: Sistem letak kereta berasaskan kupon akan digantikan dengan Sistem Letak Kereta Pintar Kuching berkuatkuasa pada 1 November ini. Melalui sistem baharu ini, kaedah kupon gores/lama akan digantikan dengan platform digital yang direka bagi memudahkan pengguna, mempertingkatkan kecekapan operasi, serta menggalakkan amalan mesra alam melalui pengurangan penggunaan bahan berasaskan kertas. Peralihan ini merupakan inisiatifDewan Bandaraya […]
Pemasangan grid elektrik Jalan Kampung Kaba ke simpang Kampung Nyabor hampir siap
SARATOK: Projek pemasangan talian grid 33kilovolt dari Jalan Kampung Kaba ke simpang Kampung Nyabor di sini antara yang diberi perhatian dalam Mesyuarat Penyelarasan Projek Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) di sini, hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri Kalaka, Mohamad Duri berkata, mesyuarat itu menjelaskan kerja-kerja pemasangan grid berkenaan kini mencapai 53 peratus siap mengikut jadual. […]
Sarawak perluaskan akses pendidikan tinggi TVET
KUCHING: Kerajaan Sarawak memperkenalkan pemetaan akademik antara universiti negeri, politeknik dan kolej vokasional. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, langkah itu bagi membuka laluan lebih mudah kepada pelajar menyambung pengajian ke peringkat ijazah. “Sistem pindahan kredit yang lebih fleksibel akan membantu pelajar aliran teknikal dan vokasional melanjutkan pelajaran […]
