Dasar Pembangunan Awal Kanak-kanak Sarawak sedang digubal

KUCHING: Pembangunan menyeluruh kanak-kanak di negeri ini diberikan keutamaan melalui pelbagai dasar dan inisiatif. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus berkata, langkah itu untuk membina asas modal insan berkualiti untuk masa depan negeri yang makmur dan inklusif. “Program seperti ini wadah memperkasakan suara dan potensi kanak-kanak sebagai pemacu masa depan negeri. […]

Program kebajikan pemangkin transformasi ekonomi komuniti

KUCHING: Seramai 773 usahawan berjaya dilahirkan menerusi program pembangunan ekonomi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak. Usahawan tersebut terdiri daripada penerima bantuan kebajikan di negeri ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kejayaan itu membuktikan bahawa program kebajikan bukan sekadar memberi bantuan kewangan, tetapi menjadi pemangkin transformasi ekonomi komuniti […]

Aksi santai Abang Johari pandu jet ski curi perhatian penonton Regata Sarawak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencuri tumpuan ribuan pengunjung di Tebingan Sungai Kuching apabila meluangkan masa bersantai dengan memandu sendiri jet ski di Sungai Sarawak pada hari terakhir Regata Sarawak 2025. Aksi santai Premier mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang memenuhi sepanjang Tebingan Sungai Kuching yang hadir bagi menyaksikan […]

Tak perlu lagi gores, sistem tempat letak kereta pintar dilancar

KUCHING: Sistem Tempat Letak Kereta Pintar oleh Pay and Go Sdn Bhd dilancarkan hari ini, menandakan bermulanya sistem digital dalam pengurusan tempat letak kereta di kawasan seliaan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Pelancaran dilakukan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk […]

Kekalkan DUN Tanjong Datu kubu kuat Parti PBB

LUNDU: Dewan Undangan Negeri (DUN) N3 Tanjong Datu terus berusaha untuk menjadi antara kawasan kubu kuat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB ). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Tanjong Datu , Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata langkah itu penting sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. “Parti PBB telah menerajui N3 Tanjong […]

Sultan Pahang hadiri Festival Gendang Sarawak 2025

KUCHING: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Shah menghadiri Malam Perasmian Festival Gendang Sarawak 2025 di Tebingan Kuching, di sini, malam tadi. Baginda menghadiri majlis ini bersama Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku […]

Projek NCH guna teknologi kejuruteraan jalan raya terkini

LIMBANG: Projek Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) bakal menggunakan teknologi Maklumat Lebuh Raya (HIM) yang terkini dalam bidang kejuruteraan jalan raya. Projek NCH menghubungkan Sarawak, Sabah dan Brunei Darussalam bernilai RM6.8 bilion dibiayai sepenuhnya Kerajaan Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, teknologi itu membolehkan perancangan dan pembinaan NCH dilakukan […]

Projek Lebuh Raya Pesisir Utara cerminkan pembangunan lestari GPS

LIMBANG: Projek Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak mencerminkan dasar pembangunan lestari di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memperkukuh rangkaian perhubungan negeri. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pendekatan moden berteraskan teknologi tinggi dan lestari itu mencerminkan transformasi besar dalam kejuruteraan jalan raya negeri […]

Kerajaan Sarawak teruskan projek NCH

LIMBANG: Kerajaaan Sarawak akan meneruskan Projek Lebuhraya Pesisir Utara (NCH) yang telah dibatalkan semasa Kerajaan Pakatan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek ini sebahagian daripada projek Pan Borneo Highway yang melalui negara Brunei. “Namun, Premier mahu ia diteruskan dan kita teruskan dan pelaksanaan dirancang untuk menjadi sebahagian daripada lebuh raya […]

Perkongsian strategik UNIMAS, CelcomDigi sebarluaskan penjagaan kesihatan

KOTA SAMARAHAN: Perkongsian strategik antara syarikat telekomunikasi dengan institusi pengajian tinggi (IPT) dan pusat perabatan akan membolehkan negara menerokai model baharu telekesihatan, latihan perubatan secara visual dan penyelidikan data bercirikan klinikal. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, dengan memiliki keupayaan 5G Celecomdigi dan kecerdasan buatan (AI), ilmu pengetahun kini diterjemahkan kepada keadaan di […]