Pengiktirafan Jepun buat Sarawak – Premier

KOTA SAMARAHAN: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan pemimpin pertama Sarawak menerima anugerah ‘The Order of the Rising Sun Gold & Silver Star’. Anugerah berkenaan dianugerah Kerajaan Jepun atas usaha kolektif Sarawak membina masa depan berasaskan tenaga hijau yang akan disampaikan pada 11 November ini di Tokyo. Abang Johari yang […]

Ombudsman Sarawak belajar PHSO London

KUCHING: Parlimen dan Khidmat Kesihatan Ombudsman (PHSO) United Kingdom bersetuju dan bersedia untuk membantu Ombudsman Sarawak melatih dalam mengendalikan aduan untuk meningkatkan keupayaan operasi dan ketelusan penyiasatan. Pengurus Dasar dan Hal Ehwal Awam PHSO, Callum Boyd menyatakan persediaan dan persetujuan itukepada Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Ombudsman dan Integriti), Dato Murshid Diraja Dr. Juanda […]

Kaedah salur bantuan pelajar menuntut IPTA dikaji – Premier

KOTA SAMARAHAN: Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk subjek STEM adalah antara 15 perkara utama yang dipersetujui dalam rundingan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Bahasa tersebut dibenar di sekolah rendah dan menengah. “Penggunaan […]

UNIMAS raikan kohort pertama graduan Sarjana Pendidikan FPBK

SAMARAHAN: Seramai 11 wanita bekerjaya menjadi kohort pertama graduan Sarjana Pendidikan dalam Sains Pembelajaran di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Menurut kenyataan media UNIMAS, mereka dari Fakulti Pendidikan Bahasa dan Komunikasi (FPBK) terdiri dari kalangan profesional antaranya pensyarah, guru sekolah antarabangsa, perancang bahasa dan pustakawan. Dekan FPBK, Dr Dilah Tuah menzahirkan ucapan tahniah kepada kohort sulong […]

Pelajar UiTM Cawangan Sarawak wakili negara ASEAN

PETALING JAYA: Kumpulan VerraWound Solution dianggotai dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak berjaya melangkah ke fasa kelima program China-ASEAN Innovation Quest 2025. Menurut kenyataan UiTM, pelajar terbabit Nur Syazwani Samsudin sebagai ketua dan Ladydiana Dizebit daripada program Sarjana Muda Sains (Kimia) dan Pengurusan sekali gus terpilih untuk mewakili negara ASEAN ke Guilin University […]

Sarawak perluaskan ekonomi hijau melalui pendidikan teknikal

KUCHING: Komitmen Sarawak menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi hijau diterjemahkan melalui usaha memperluaskan program latihan ekonomi hijau oleh Sarawak Skills. Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam bidang tersebut. “Ia juga bagi menyokong pertumbuhan sektor tenaga boleh diperbaharui yang sedang rancak dibangunkan […]

Sultan Pahang berangkat pulang, akhiri lawatan di Sarawak

KUCHING: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat pulang ke Pahang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini sekitar jam 11.35 pagi tadi. Baginda dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anakanda, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah serta isteri, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan tiba di LTAK sekitar jam […]

UNIMAS pemangkin pembangunan komuniti, ilmu

KUCHING: Dalam usaha membina masa depan Sarawak yang maju dan lestari, UNIMAS tampil sebagai institusi pendidikan tinggi (IPT) yang berperanan bukan sekadar melahirkan graduan, tetapi juga menjadi pemangkin perubahan sosial dan pembangunan komuniti negeri ini. Yang di-Pertua Negeri Sarawak merangkap Canselor UNIMAS, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, UNIMAS membuktikan bahawa kejayaan akademik bukan […]

Premier Sarawak terima anugerah tertinggi Jepun

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima pengiktirafan berprestij daripada Kerajaan Jepun menerusi penganugerahan The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star. Anugerah tertinggi itu disampaikan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan besar beliau dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Jepun dan Malaysia, khususnya dalam bidang ekonomi, tenaga, alam […]

Tujuh rumah panjang, tujuh kampung bakal nikmati bekalan air terawat

SARATOK: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka kini menikmati bekalan air bersih dan stabil susulan penyiapan projek Acute System di Loji Rawatan Air Lichok. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata projek bernilai sekitar RM28.8 juta itu membekalkan air terawat kepada tujuh rumah panjang dan tujuh kampung di kawasan tersebut termasuk Kampung Kaba. […]