Amalkan toleransi tinggi antara agama di Sarawak
KUCHING: Umat Islam di Sarawak diseru menjunjung tinggi keharmonian dan mengamalkan toleransi yang tinggi dalam hubungan antara agama. Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata dalam hubungan antara agama, Rasulullah SAW mengajar mereka bahawa melindungi hak dan maruah penganut agama lain adalah sebahagian daripada ajaran Islam. Katanya sehubungan itu, umat […]
1,411 peserta perarakan Maulidur Rasul peringkat DUN Kabong
KABONG: Sambutan Maulidur Rasul peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong tahun ini menarik 1,411 peserta daripada 61 kontinjen. Jumlah penyertaan tersebut menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya sekali gus menjadi bukti kecintaan umat Islam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir yang menyifatkan 12 Rabiulawal sebagai tarikh […]
Anak jati Satok dianugerah Tokoh Maulidur Rasul Belia Harapan Peringkat Kebangsaan
KUCHING: Tahniah kepada Dayang Nur’ Maisarah Abang Abdul Razak yang dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Kategori Belia Harapan Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M yang berlangsung hari ini. Anugerah berprestij itu disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan […]
Guru muda agen perubahan masyarakat luar bandar
SEMATAN: Guru muda memainkan peranan sebagai agen perubahan kepada masyarakat di luar bandar terutama belia. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, lebih 12,000 guru muda di Sarawak berusia bawah 40 tahun berpotensi membawa perubahan di luar bandar. Namun katanya, mereka perlu memanfaatkan pendekatan pendidikan digital yang lebih kreatif, […]
‘Ummah Maju Makmur’ serlah keharmonian masyarakat
BELAGA: Tema ‘Ummah Maju Makmur’ yang diangkat dalam Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Kapit 2025 amat bertepatan dengan slogan ‘Sarawak Maju Makmur’. Menurut Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga Datuk Liwan Lagang, penghayatan terhadap tema tersebut bukan sahaja mendorong kepada kemajuan negeri, malah memastikan masyarakat terus hidup aman […]
Maulidur Rasul lambang cinta pada Nabi Muhammad SAW
MATU: Lebih 2,500 umat Islam memeriahkan sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M di pekan Matu hari ini yang diserikan dengan perarakan 30 kontinjen dan pertandingan sepanduk. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi yang mengetuai perarakan itu berkata, sambutan berkenaan bukan sahaja mengenang kelahiran Rasulullah SAW, malah mengukuhkan ukhuwah serta menyemai kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. […]
5,000 peserta perarakan Maulidur Rasul Lawas
LAWAS: Lebih 5,000 orang menyertai perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Lawas, di sini, hari ini. Mereka terdiri daripada masyarakat Islam dan bukan beragama Islam menyertai perarakan yang bermula dari Dataran Padang Central hingga ke Taman Awam Lawas. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyertai turut sama menyertai perarakan tersebut. Hadir […]
Dua loji rawatan air dibangun di Sebuyau
SEBUYAU: Dua loji rawatan air menggunakan sistem akut sedang dibangun di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau. Langkah itu bagi memenuhi keperluan bekalan air terawat di kawasan berkenaan yang semakin meningkat. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, loji berkenaan l terletak di Sungai Ular […]
Sambutan Maulidur Rasul bina semangat kebersamaan, perpaduan masyarakat
TANJUNG MANIS: Sebanyak 27 kontinjen menyertai perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M Peringkat Bahagian Mukah di Masjid Kampung Rajang, di sini, hari ini. Majlis dianjurkan Jawatankuasa Perayaaan Islam Bahagian Mukah dan kontinjen perarakan dibahagikan kepada empat kategori utama iaitu Kategori A (Jabatan Kerajaan Negeri/Persekutuan dan Badan Berkanun), Kategori B (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, masjid […]
26 kontinjen sertai perarakan sambutan Maulidur Rasul Saratok
SARATOK: Sebanyak 26 kontinjen menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Saratok di sini, hari ini. Perarakan yang bermula sekitar jam 7.30 pagi dari Pentas Utama Sri Kalaka itu diiringi laungan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebelum melalui laluan Kampung Masjid Hilir, Kampung Tanjung, Kampung Bunga Raya, Kampung Lot Wawasan, Kampung Melango Lama, Kampung […]
