Projek bangunan akademik, SMK Engkelili dilaksana ikut jadual
LUBOK ANTU: Projek pembinaan bangunan akademik dan kemudahan lain di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkelili, di sini dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2026. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan turun padang meninjau kemajuan pelaksanaan projek terbabit hari ini. Pelaksanaan projek itu bermula 2 Mei 2023 dan kini berjalan mengikut jadual dengan kemajuan […]
Warga pendidik pacu kecemerlangan SK Batang Lassa
SIBU: Sekolah Kebangsaan (SK) Batang Lassa di Daro bakal memiliki bangunan sekolah baharu. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata ini bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid di kawasan tersebut. “Justeru, saya merakamkan penghargaan kepada warga pendidik SK Batang Lassa atas dedikasi mereka memacu kecemerlangan pendidikan di kawasan Batang Lassa,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menghadiri […]
Pelajar Sarawak sertai Pertandingan Malaysia Rocket CanSat 2025 di Perak
KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) menyokong perjalanan pelajar wakil Sarawak ke Pertandingan Malaysia Rocket CanSat 2025 di Felcra Seberang Perak, di Perak, dari 2 hingga 4 September ini. Menurut kenyataan media TEGAS, pertandingan anjuran Universiti Teknologi Mara ( UiTM) HEMREL dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu menghimpunkan seramai 700 peserta […]
Dana pembiayaan antara cabaran laksanakan grid tenaga Borneo
KUCHING: Mencari dana pembiayaan adalah antara cabaran utama bagi menjayakan grid tenaga Borneo untuk membekalkan tenaga ke negara-negara ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof. Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata, di samping itu untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan pakar dalam melaksanakannya juga merupakan satu lagi cabaran. […]
Rumah panjang DUN Jepak terima peruntukan baik pulih PPRS
BINTULU: Sebanyak sembilan pintu dari tiga rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak menerima peruntukan dana baik pulih sebanyak RM20,000 setiap pintu. Peruntukan itu di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) dan rumah panjang terbabit ialah Rumah Dagang di Jalan Bintulu- Tatau, Rumah Unggang dan Rumah Fabian Jembu, masing-masing di Sungai Setiam, Jalan […]
SSLR Fasa Dua bakal dirasmi 11 September ini
KUCHING: Projek mega Sabah-Sarawak Link Road (SSLR) Fasa Dua bakal dirasmikan pada 11 September ini di Limbang. Perasmian itu sekali gus membuka lembaran baharu dalam pembangunan rangkaian jalan raya strategik di utara Sarawak. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, majlis itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Premier […]
Sambutan Maulidur Rasul serlahkan keharmonian masyarakat majmuk
KUCHING: Sambutan Maulidur Rasul di Masjid India Bandar Kuching sekali lagi menyerlahkan keharmonian masyarakat majmuk apabila umat Islam daripada pelbagai latar belakang bergabung menjayakan acara tahunan itu. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, sambutan tersebut bukan sahaja menzahirkan […]
Sarawak Energy kaji projek NbS di kawasan tadahan hidro
KUCHING: Sarawak Energy menerima Permit Kajian Karbon Dataran Seping (CSP) daripada Jabatan Hutan Sarawak, sekali gus membolehkan syarikat utiliti itu memulakan kajian kebolehlaksanaan projek Nature-based Solutions (NbS) di kawasan tadahan kuasa hidro. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datuk Sharbini Suhaili berkata, projek NbS dijangka menghasilkan lebih 250,000 unit kredit karbon bagi mengimbangi pelepasan sektor […]
Tiga langkah utama bantu Sarawak muncul sebagai peneraju ASEAN
KUCHING: Sarawak berpotensi muncul sebagai peneraju ASEAN dalam bidang tenaga mampan sekiranya prinsip ekonomi kitaran dapat diamalkan secara menyeluruh merentas sektor. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, komitmen itu hanya dapat dicapai melalui tiga langkah utama iaitu berpegang kepada prinsip ekonomi kitaran, bekerjasama dalam perkongsian teknologi […]
Temasya Sukan Borneo 24-28 September ini
KUCHING: Temasya Sukan Borneo kembali dianjurkan selepas sekian lama menyepi, dengan Sarawak menjadi tuan rumah edisi 2025 bermula 24 hingga 28 September ini. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran kali ini memberi tumpuan kepada memperkukuh hubungan persaudaraan dan kerjasama antara negeri, negara serta provinsi di rantau […]
