Sarawak pusat ekonomi berpotensi di Asia Pasifik – Premier
KUCHING: Sarawak menerima pengiktirafan Forum Ekonomi Dunia (WEF) atas dasarnya yang berteraskan tenaga hijau boleh diperbaharui sebagai sumber ekonomi baharu. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengiktirafan ini meletakkan Sarawak sebagai salah satu pusat ekonomi yang berpotensi besar di Asia Pasifik. Pengiktirafan ini termasuk Bintulu yang kini berada dalam radar […]
Elak bina penempatan di kawasan berisiko bencana
PAKAN: Penduduk di luar bandar dinasihat supaya tidak membina rumah persendirian dan rumah panjang di kawasan berisiko tinggi bencana alam seperti cerun bukit, tanah rendah dan tepi sungai. Menurut Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom, langkah itu bukan sahaja sebagai persediaan awal, malah […]
AZAM berpotensi sebagai penanda aras serantau dalam komunikasi pembangunan
KUCHING: Badan bukan kerajaan (NGO) seperti Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM)boleh memainkan peranan dalam mengecilkan jurang maklumat antara rakyat dan kerajaan. Ia penting agar masyarakat dapat menikmati manfaat pembangunan. Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, walaupun dasar kerajaan baik, ia tidak akan memberikan manfaat kepada masyarakat sekiranya tidak sampai kepada kumpulan […]
Sarawak kekurangan doktor, mohon anak tempatan bekerja luar negara pulang
KUCHING: Sarawak berdepan isu kekurangan doktor yang semakin meruncing, dengan jumlah tenaga perubatan di negeri ini masih jauh daripada mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat. Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian mendedahkan bahawa jumlah doktor yang berkhidmat di Sarawak ketika ini kurang daripada 4,000 […]
Majlis Aidilfitri Kampung Selalang eratkan silaturahim masyarakat
TANJONG MANIS: Majlis ramah tamah Aidilfitri di Kampung Selalang disambut meriah, di sini, malam tadi. Ahli Parlimen Tanjong Manis merangkap Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Yusuf Abd Wahab menghadiri majlis yang bertujuan mengerat silaturahim masyarakat. Majlis dimeriahkan acara menarik antaranya persembahan nyanyian penduduk dan jemputan, jamuan pelbagai hidangan tradisional, serta cabutan bertuah dengan […]
Penduduk Daro perlu bersedia hadapi gelombang pembangunan pesat
DARO: Penduduk di sini digesa sentiasa bersedia dan berdaya saing menghadapi arus pembangunan yang sedang dan akan berlaku di kawasan ini. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad, pelbagai projek pembangunan telah dan akan dilaksanakan di kawasan ini, yang bukan sahaja bakal mengubah landskap fizikal, tetapi juga membuka lebih banyak peluang ekonomi dan […]
PAK LAH, WARTAWAN DI SEBALIK TABIR
“Eh, masih kalut nak hantar berita”. Itu sapaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kemudian Tun) ketika saya sedang bergelut menyiapkan berita untuk dihantar ke ibu pejabat di Kuala Lumpur setelah beliau menghadap Sultan Brunei dalam satu lawatan rasmi pada awal 1990-an. Ketika itu, talian telefon tidak stabil dan kerap putus-putus. Lokasinya adalah Istana Tetamu di […]
Syarikat China labur RM6 bilion dalam sektor tenaga bersih
KUCHING: Sarawak terus menarik minat pelabur dari luar dengan terbaharu China Energy Engineering Investment Corporation Limited (CEEIC). Ia merancang untuk melabur sebanyak RM6 bilion (USD1.35 bilion) dalam sektor tenaga bersih Sarawak, dengan tumpuan kepada tenaga solar, penyimpanan tenaga melalui bateri dan pembangunan infrastruktur grid di sini. Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali […]
Ambilan pertama Fakulti Kejuruteraan Aeroangkasa i-CATS bermula Ogos ini
KUCHING: Kolej Universiti i-CATS kini selangkah lebih maju dalam bidang pendidikan teknikal apabila Fakulti Kejuruteraan Aeroangkasa ditubuh secara rasmi, dengan pengambilan pelajar pertama dijadual bermula Ogos ini. Naib Canselor i-CATS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, penubuhan fakulti tersebut merupakan antara usaha strategik i-CATS untuk menyokong pembangunan industri berteknologi tinggi di Sarawak. “Secara spesifiknya, […]
Pengerusi Affin Bank akan diputus setelah dipersetujui Bank Negara
KUCHING: Pengerusi Affin Bank akan diputuskan setelah mendapat persetujuan daripada Bank Negara, jelas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Jelas beliau, ketika ini pihaknya sudah mengenalpasti calon untuk menggalas tugas yang mana masih menunggu prosedur pelantikan melibatkan Bank Negara Malaysia (BNM). “Calonnya sudah ada, tetapi perkara ini kita perlu mengambil kira […]
