Ribuan kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Stakan

SAMARAHAN: Seramai 70 penerima menerima geran bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N17 Stakan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Datuk Hamzah Ibrahim di sini, hari ini. Penerima terdiri daripada pelbagai institusi seperti masjid, surau, gereja, sekolah dan pertubuhan masyarakat membabitkan jumlah keseluruhan RM280,000. Penyampaian geran itu dilakukan Premier […]

Sembilan gabungan persatuan Kampung Pangtray berjaya anjur Majlis Berambeh Raya

DARO: Majlis Berambeh Raya 2025 berlangsung meriah di Dewan Masyarakat Kampung Pangtray, pagi tadi. Majlis diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad. Ahmad Johnie dalam catatan di facebooknya sebentar tadi mengucapkan tahniah kepada sembilan gabungan persatuan di Kampung Pangtray kerana berjaya menganjurkan majlis sambutan […]

Proses penggabungan tiga agensi utili hampir selesai, bakal dilancar Jun depan

KUCHING: Kerajaan Sarawak kini memegang kepentingan majoriti dalam syarikat SACOFA Sdn Bhd yang memperluas liputan infrastruktur telekomunikasi. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi sambil berkata, ini melalui syarikat pelaburan milik penuh Kerajaan Sarawak iaitu SFS Incorporated. “Dengan pegangan melebihi 51 peratus, SACOFA kini merupakan agensi milik penuh kerajaan negeri,” katanya. Beliau berkata […]

Lebih RM4 bilion untuk projek tebatan banjir di Sarawak

KUCHING: Kerajaan memperuntukan lebih RM4 bilion majoriti bagi melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sarawak tahun ini. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, jumlah besar itu mencerminkan komitmen kerajaan membina sistem tebatan banjir berkesan. “Secara keseluruhan, saya melihat kita akan mendapat peruntukan lebih RM4 […]

Kursus perdana haji zon selatan

KUCHING: Bakal jemaah haji Sarawak musim haji 1446H/2025M menerima suntikan semangat dan ilmu menerusi Kursus Perdana Haji Zon Selatan di Masjid Jamek, di sini, semalam. Ia sebagai persediaan untuk menunaikan rukun Islam kelima. Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi […]

Rumah terbuka Aidilfitri ADUN Tanjong Datu

LUNDU: Hampir 2,000 orang menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu di Dewan Serbaguna Mahligai Gading, di sini, semalam. Mereka terdiri dari ketua kaum dan masyarakat Daerah Lundu, ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N3 Tanjong Datu dan pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), kelab, pusat dan serta persatuan cawangan Lundu. Acara […]

Pelajar IPT anak Sarawak boleh mohon laptop percuma

LINGGA: Pelajar anak Sarawak yang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) digalak memohon bantuan dan biasiswa Yayasan Sarawak. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor antara bantuan itu ialah laptop percuma kepada pelajar yang memasuki IPT pada tahun pertama dan permohonan ini akan ditutup 30 April ini. Katanya, terdapat juga […]