Jambatan baharu hubungkan Tanah Putih ke Parit Bugis akan dibina
SARIKEI: Sebuah jambatan baharu yang merentasi Batang Rajang dari Tanah Putih ke Parit Bugis di sini akan dibina, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Katanya, ia bagi menyokong pembangunan semula sektor pertanian dan pembinaan taman agro moden di kawasan itu. “Pembinaan jambatan itu sejajar inisiatif Kerajaan Sarawak untuk memperkukuh kemudahan infrastruktur luar […]
Jambatan Batang Rajang dinamakan Jambatan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang Tuanku Haji Othman
SARIKEI: Jambatan Batang Rajang dinamakan sebagai Jambatan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang Tuanku Haji Othman. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas membuat pengumuman rasmitersebut sebagai penghormatan kepada tokoh Sarawak terbabit. “Pemilihan nama jambatan ini amat bertepatan bagi memperingati jasa beliau dalam politik dan pembangunan negeri,” katanya. Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian […]
Projek gantian, tambahan bangunan SMK Saribas siap
DEBAK: Penyerahan Projek Daif Sarawak (2021) bukti usaha Kerajaan Madani menangani fasiliti dan infrastruktur daif di sekolah luar bandar dan pedalaman di Sarawak. Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan Projek Pembinaan Gantian dan Tambahan Bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas, Debak itu membuktikan usaha berterusan meningkatkan ekosistem pendidikan melalui pembinaan […]
Edisi kedua Kajian Indeks Belia Sarawak dijangka siap akhir tahun ini
SERIAN: Edisi kedua Kajian Indeks Belia Sarawak kini sedang giat dijalan dan dijangka siap menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Beliau berkata, kajian tersebut melibatkan penyertaan dari 45 daerah di seluruh Sarawak, dengan pelaksanaannya dikendalikan oleh golongan profesional termasuk pensyarah universiti yang turun padang […]
Sarawak sasarkan capai 100 peratus kanak-kanak dapat didikan awal
KUCHING: Kerajaan Sarawak komited menyediakan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan awal kanak-kanak. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata kerajaan mensasarkan untuk mencapai 100 peratus kanak-kanak mengikuti pendidikan awal kanak-kanak, dengan kerjasama pelbagai agensi iaitu Jabatan Pendidikan, KEMAS, PERPADUAN, BPPMIS dan pengusaha swasta. “Strategi pembangunan pasca Covid (PCDS) 2030 menekankan […]
Isu tanah Nanga Sekuau perlu diselesai sebelum laksana pembangunan
SELANGAU: Penyelesaian isu pemilikan tanah di Skim Penempatan Semula (SPS) Nanga Sekuau kini menjadi keutamaan dalam usaha mempercepat pembangunan dan penambahbaikan kemudahan bagi penduduk. Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof, berkata proses penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak sedang dijalankan untuk memastikan tanah yang dibiayai oleh Kerajaan Pusat dapat diagihkan dengan adil kepada […]
Ahli Majlis Daerah Matu, Daro diingat utamakan integriti
MATU: Ahli Majlis Daerah Matu dan Daro perlu sentiasa mengutamakan integriti, keikhlasan dan komitmen dalam menjalankan tugas. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, ahli perlu meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan utama. “Kita harus bekerja dalam satu pasukan, bergerak seiring dalam membawa pembangunan yang mampan demi Sarawak […]
SEB perlu kaji semula struktur organisasi, selaras perluasan sektor tenaga
KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) disaran menilai semula struktur organisasinya bagi menyesuaikan diri dengan perkembangan pesat bekalan tenaga di negeri ini. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu penting memandangkan pengeluaran tenaga kini telah dipisahkan sebagai entiti berasingan. Katanya, ia perlu diselaraskan dengan undang-undang sedia ada seperti Ordinan Elektrik […]
Latihan, insentif JKKK ditambah baik
BETONG: Kerajaan Sarawak terus memperkasakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sebagai rakan pembangunan luar bandar. Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Dato Gerald Rentap Jabu berkata, usaha membawa pembangunan ke kampung tidak akan dapat direalisasikan sepenuhnya tanpa kerjasama JKKK. Katanya, bagi memperkasa JKKK, pelbagai […]
Enam startup anak tempatan terpilih ke program Scale Sarawak
KUCHING: Enam startup yang diasaskan oleh anak jati Sarawak terpilih menyertai kohort kedua program Scale Sarawak, sebuah inisiatif berimpak tinggi anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dengan kerjasama Endeavor Malaysia. Program yang berlangsung dari Mei hingga Oktober ini membimbing SOL Digital, Belibeli Super App, OINC, Noms Fochun Founders, Kosa Coffee dan Satok Bridge Digital […]
