Jenazah Datuk Amar Juma’ani selamat dikebumi

KUCHING: Perasaan pilu dan hiba mengiringi jenazah Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, isteri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya sekitar jam 2.37 petang tadi. Cuaca mendung kemudian bertukar hujan sekejap seolah-olah menangisi perjalanan terakhir Allahyarhamah. Jenazah Allahyarhamah […]

PMX zahir ucapan takziah kepada Premier

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri menzahirkan ucapan takziah kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas pemergian isteri tercinta, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang yang meninggal dunia awal pagi tadi. Dalam entri terbaru di laman Facebook rasminya, beliau berharap Premier Sarawak dan keluarga terus […]

Tujuh agensi terokai Air Terjun Jankar

LUNDU: Sebanyak tujuh agensi melakukan pendakian Air Terjun Jankar di Kampung Jankar di sini, semalam. Agensi itu ialah Pergigian Hospital Umum Sarawak (HUS), Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pergigian Sri Aman, Angkatan Askar Melayu ( 1 Div & Pemerintahan Medan Timur ), ⁠Angkatan Tentera Udara, Hit Properties Sdn Bhd , The Roof Reality Walau dan Pharmaniaga. […]

Projek Jalan Kampung Kupang ke Simpang Bajau dijangka siap September 2027

SARATOK: Kemudahan perhubungan penduduk luar bandar Saratok bakal melalui transformasi apabila projek pembinaan Jalan Kampung Kupang ke Simpang Bajau sedang dilaksana dan dijangka siap pada September 2027. Majlis pecah tanah bagi projek sepanjang 19.8 kilometer (km), bernilai RM112.9 juta itudisempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Patinggi Dr Ahmad Zahid Hamidi di Rumah Rengan Selambong, Saratok […]

Projek SSLR fasa dua bakal ubah wajah Ulu Limbang

LIMBANG: Masyarakat di kawasan Ulu Limbang bakal menikmati akses jalan raya yang lebih selamat dan efisien apabila Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) fasa kedua yang sedang dilaksanakan siap kelak. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, pembinaan jaringan jalan strategik seperti SSLR fasa kedua akan memberi impak l mengubah landskap kehidupan penduduk luar bandar. “Projek […]

Sarawak rekodkan 572 kes dera, abai kanak-kanak

SAMARAHAN: Sarawak merekodkan sebanyak 572 kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak dari Januari hingga Jun tahun ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, menurut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak sebanyak 45 kes itu berlaku di Bahagian Samarahan. “Ini bukan angka kosong. Ia mewakili anak-anak yang memerlukan pertolongan kita,” katanya. Beliau […]

Program Dao’ Telo Pamat, Run 2025 ajak masyarakat hidup sihat

MATU: Klinik Kesihatan Tian menyambut ulang tahun ke-34 dengan penganjuran Program Dao’ Telo Pamat, Run 2025: “Nak Medut, Asal Sihat” dan Karnival Kesihatan yang berlangsung meriah di Dewan Masyarakat Tian, semalam. Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi semasa berucap menyifatkan usaha amat penting meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya penjagaan kesihatan. “Ia juga memberi peluang kepada […]

Gawai Dayak kukuhkan hormat menghormati, nilai masyarakat

BINTULU: Perayaan Gawai Dayak memperkukuh nilai bergotong-royong dan hormat menghormati warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, ini kerana Gawai adalah masa masyarakat kembali kepada akar budaya. “Ia mengingatkan kita kepada nilai persaudaraan, gotong-royong dan hormat-menghormati,”katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Ngiling Bidai Parti Pesaka […]

Stesen PETROS Ke-11 akan dibuka di Batu Kawa

KUCHING: Sebuah lagi stesen PETROS Tenaga Pelbagai “Multifuel Station” (MFS) Ke-11 akan dibuka di Batu Kawa di sini, tidak lama lagi. Perkembangan positif itu dimaklumkan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak Energy (SEDCE) susulan lawatan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian ke tapak projek tersebut padah hari ini. Ia untuk melihat kemajuan […]