Dua peraturan baharu alam sekitar diperkenal
KUCHING: Sarawak terus agresif membendung isu alam sekitar dengan memperkenal dua peraturan baharu di bawah Ordinan Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau) 2023. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, peraturan ini bertujuan menangani peningkatan pelepasan gas rumah hijau serta memastikan alam sekitar terus dilindungi dan dipelihara. Katanya, pertama, Peraturan […]
Pemuda Parti PBB Cawangan Ba’kelalan mengikuti perbahasan Parlimen
LAWAS: Ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bakelalan mengadakan lawatan ke Parlimen, Kuala Lumpur mulai Isnin lalu. Ketuanya, Steve Lius berkata rombongan berkenaan seramai 10 orang berpeluang mengikuti perbahasan dan berjumpa dengan sebahagian Ahli Parlimen Parti PBB. Katanya, ini termasuk Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni, Ahli Parlimen Igan, Ahmad […]
RM1.1 bilion ganti paip lama
KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM1.1 bilion tahun depan untuk membaiki dan menggantikan saluran paip lama di seluruh negeri ini, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan berharap rancangan membaiki dan menggantikan saluran paip lama, ada yang sudah berkarat akan siap dalam masa lima tahun. “Dalam proses membaiki dan menggantikan […]
STATOS perkukuh hubungan Sarawak, Singapura
SINGAPURA: Hubungan dua hala antara Sarawak dan Singapura akan diperkukuh melalui pelbagai inisiatif dilaksanakan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura (STATOS). Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata kerjasama erat dengan Singapura merupakan langkah strategik untuk memanfaatkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin. Ujarnya, usaha ini […]
Pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat dibincang
PUTRAJAYA: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-144 di sini, hari ini.Beliau mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim. Mesyuarat tersebut membincangkan beberapa perkara melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan […]
Beri tumpuan terhadap sejarah negara
KUALA LUMPUR: Langkah proaktif perlu digerak untuk memastikan sejarah negara, khususnya sejarah Sarawak diberi perhatian sewajarnya. Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pemahaman mendalam tentang sejarah negara adalah penting bagi pemimpin dan rakyat Malaysia sebagai asas untuk masa depan. “Saya menggalakkan sarjana tempatan untuk memperluas penyelidikan dan penulisan […]
Kerajaan Sarawak, UNICEF jalin kerjasama lindungi sosial kanak-kanak
KUCHING: Kerajaan Sarawak dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) sedang bekerjasama dalam projek ‘Inisiatif Perlindungan Sosial Terintegrasi Sensitif Kanak-Kanak’. Ia bertujuan mengintegrasikan bantuan sosial untuk kanak-kanak dalam intervensi awal kanak-kanak dan pendidikan keibubapaan. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kerajaan mesti mengutamakan pelaburan dalam kanak-kanak bagi memastikan bahawa polisi […]
Kaji elaun guru besar, pengetua
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan diminta mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah kekosongan guru yang sangat kritikal di Sarawak. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, jumlah kekosongan guru di Sarawak adalah seramai 2,229 orang, setakat 30 September 2024 dengan seramai 1,906 orang kekosongan guru sekolah rendah dan 323 orang kekosongan guru sekolah menengah. Beliau berkata, […]
Sarawak terap konsep ‘Loveable City’ bangunkan bandar
KUCHING: Konsep ‘Loveable City’ akan digunakan oleh Kerajaan Sarawak bagi memperbaiki persekitaran dan bergerak ke arah masa depan yang lebih lestari. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak sedang berusaha untuk menjadi ‘Loveable City’, di mana penduduk merasa lebih terhubung, lebih bahagia dan tahan lasak, yang akan membantu memacu pertumbuhan […]
ENBASE perkasa usahawan Sarawak
KUCHING: Sarawak melancarkan Sistem Pangkalan Data Usahawan (ENBASE) sebagai platform untuk memperkasakan sektor keusahawanan di negeri ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ENBASE akan berfungsi sebagai pusat sehenti yang menjana analisis dan laporan untuk membantu Kerajaan Sarawak dalam perancangan dan membuat keputusan berdasarkan keperluan sebenar ekosistem keusahawanan tempatan. “ENBASE juga […]
