Rundingan komersial hubungkan sistem tenaga Singapura, Semenanjung Malaysia sedang dilaksana

SINGAPURA: Sarawak yang memiliki rekod dalam sistem penyahkarbon dijangka memain peranan utama dalam perkongsian tenaga diperbaharui dan pembekal tenaga elektrik rendah karbon di Asia Tenggara. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, belajar daripada peranan sebagai pengeluar, pengeksport dan penggunaan tenaga, Sarawak komited memperluaskan peranannya mewujud perkongsian dan pelaburan merintasi sempadan. […]

Kementerian Pendidikan perlu jelaskan isu inisiatif Pengambilan Khas Guru Sarawak – Ahmad Johnie

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) perlu memberi penjelasan terperinci mengenai inisiatif Pengambilan Khas Guru Sarawak kepada Kerajaan Sarawak. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, ini kerana isu inisiatif Pengambilan Khas Guru Sarawak yang dibuka mulai 1 hingga 23 Ogos lalu sedang panas dan viral dikritik oleh rakyat Sarawak sejak akhir-akhir […]

Sarawak sokong inisiatif untuk kesejahteraan masyarakat

KUCHING: Peruntukan pembangunan sebanyak RM5.9 bilion kepada Sarawak dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, peruntukan itu meningkat berbanding belanjawan Kerajaan Persekutuan terdahulu. “Ia suatu yang baik dan kita terima sahaja apa bajet (yang […]

DBKU terus pupuk semangat kejiranan

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) diharap terus mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk bandar raya ini. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ini melalui pelbagai program komuniti dengan penduduk terbabit. “Harapan saya, semangat kejiranan yang wujud di sini akan terus dipupuk dan diperkukuhkan melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan […]

Perahu karam: Salah seorang mangsa dikebumi di Balingian

KUCHING: Suasana pilu dan hiba menyelubungi perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) sebaik sahaja kelima-lima mangsa tragedi perahu karam dibawa untuk proses bedah siasat. Kesemua mangsa dijumpai awal pagi tadi. Ahli keluarga tidak dapat menahan sebak sambil berpelukan ketika menunggu proses dijalankan. Tunang kepada salah seorang mangsa Majurie Maharuf,32, iaitu Norainaa Arbi berkata, […]

LBAS: Impian anak-anak Sarawak direalisasi

KUALA LUMPUR: Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2024 Ke-15 melabuh tirai di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, dengan acara kemuncak Majlis Makan Malam Anak Sarawak, malam tadi. Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi serta Premier Sarawak […]

Lan Berambeh simbol kebersamaan, kasih sayang anak-anak Sarawak

KUALA LUMPUR: Sarawak berjaya memperkukuhkan kedudukannya bukan sahaja di dalam negara malah di mata dunia berkat kepimpinan hebat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago Dagang berkata, semua kejayaan besar yang telah dicapai oleh Sarawak kerana kestabilan politik, perpaduan dan keharmonian kaum. ”Kerana kestabilan politik […]

Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.9 bilion akan bantu pembangunan sektor penting Sarawak

KUALA LUMPUR: Peruntukan pembangunan sebanyak RM5.9 bilion kepada Sarawak dalam Belanjawan 2025 Kerajaan Persekutuan akan membantu pembangunan sektor penting negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, walaupun peruntukan pembangunan kepada Sarawak dalam belanjawan itu kurang jumlahnya berbanding yang diberikan kepada Sabah. “Tidak apa, sekurang-kurangnya kita ada bantuan daripada Kerajaan […]

37 pelajar terima bantuan komputer riba LBAS 2024

KUALA LUMPUR: Seramai 37 pelajar terpilih menerima komputer riba secara percuma semasa Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini. Penerima berkenaan terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta yang layak menerima inisiatif bantuan komputer riba percuma daripada Kerajaan Sarawak. Bantuan itu […]

Wang saku untuk pelajar Sarawak menuntut di IPT- Abang Johari

KUALA LUMPUR: Belanjawan Sarawak 2025 akan merangkumi pemberian insentif kepada seramai 25,000 pelajar universiti dan kolej anak Sarawak di seluruh negara. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pemberian wang saku ini untuk membolehkan pelajar terbabit membeli keperluan harian setiap bulan. “Belanjawan ini dibentangkan pada 20 November depan, kamu (pelajar anak […]