Pelbagai produk tempatan di Lan Berambeh Anak Sarawak 2024

KUALA LUMPUR: Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2024 membuka tirai dengan pelancaran pameran acara itu di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof melancarkan pameran Sarawak Dreams Pavillion dan Sarawak Products Pavillion. Beliau berkata, LBAS 2024 siri Ke-15 itu amat dinanti-nantikan anak Sarawak yang […]

Sarawak sokong penganjuran Malaysia Techlympics 2024

SIBU: Kerajaan Sarawak akan terus menyokong Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) menganjurkan Malaysia Techlympics 2024. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, pertandingan berasaskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) ini membantu peserta mempelajari dan menggunakan teknologi terkini. Katanya, ini melalui projek inovasi langsung seperti robotik, dron, pengekodan […]

Belanjawan 2025 fokus pembangunan sektor tenaga, air

KUALA LUMPUR: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyambut baik Belanjawan 2025 yang memfokuskan pembangunan sektor tenaga dan air. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, ini menjadikan jumlah peruntukan secara keseluruhan sebanyak RM4.95 bilion. “Ia meliputi perbelanjaan mengurus sebanyak RM362.67 juta dan perbelanjaan pembangunan […]

Belanjawan 2025: Rakyat Sarawak terima manfaat menerusi peruntukan pembangunan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi yakin dengan jumlah peruntukan pembangunan sebanyak RM5.9 bilion kepada Sarawak menerusi Belanjawan 2025 akan membolehkan banyak projek infrastruktur asas dilaksana di luar bandar. Menurutnya, projek infrastruktur seperti jalan raya utama, jalan kampung, projek bekalan air terawat termasuk bekalan elektrik sangat penting bagi menaikkan taraf kualiti hidup rakyat. […]

Sarawak dapat peruntukan pembangunan RM5.9 bilion

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberikan peruntukan pembangunan kepada Sarawak sebanyak RM5.9 bilion dalam Belanjawan 2025. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menunaikan kesepakatan pemimpin terdahulu terkait Perjanjian Malaysia 1963. Katanya, ini juga kerana jurang pembangunan antara negeri perlu dirapatkan khususnya melibatkan prasarana asas seperti jalan raya, elektrik dan air bersih. “Oleh itu, peruntukan pembangunan […]

Gaji minimum RM1,700 sebulan bermula 1 Februari 2025

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025. “Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM 1,700 sebulan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen, di sini, hari ini. Di samping itu, Anwar […]

Sarawak laksana kajian kebolehlaksanaan projek Kereta Api Trans-Borneo

KOTA KINABALU: Sarawak sedang melakukan kajian kebolehlaksanaan untuk projek Kereta Api Trans-Borneo bagi mengukuhkan lagi hubungan antara Sabah dan Sarawak. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, selain penekanan kepada ekonomi hijau, Sarawak turut memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur pengangkutan dalam usaha memastikan keterhubungan rentas sempadan dan mempromosikan pertumbuhan lestari di seluruh […]

Raja Air Sungai Krian tawarkan hadiah lumayan

SARATOK: Regata Krian 2024 akan disertai sebanyak 10 pasukan lumba perahu dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka pada Pesta Saratok 2024, di sini, mulai 25 hingga 27 Oktober ini. Sebanyak tujuh kategori akan dipertanding pada perlumbaan perahu yang juga akan menawarkan gelaran Raja Air Sungai Krian dengan hadiah bernilai RM15,000. Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan […]

Belanjawan 2025: Berikan kuasa JBALB laksana projek bekalan air bawah RM50 juta

KUCHING: Kerajaan Persekutuan diminta memberi kuasa melaksanakan projek bekalan air di Sarawak kepada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dalam Belanjawan 2025. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato’ Sri Julaihi Narawi berkata, ini membabitkan projek yang di bawah peruntukan sebanyak RM50 juta. “Kita minta agar ia dilaksanakan di bawah JBALB atau mana-mana agensi pelaksana di bawah […]

Lawatan ke Tokyo jadi nilai tambah bangunkan mutu penjagaan kanak-kanak, keterangkuman sosial

KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWKK) memohon Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) supaya memperluaskan khidmatnya ke Sarawak meskipun JICA tidak lagi fokus kepada Sarawak ekoran ekonomi Malaysia semakin makmur. Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah memohon sama ada khidmat JICA di Sarawak fokus kepada latihan dan bantuan dalam bentuk melatih sumber manusia dan […]