Sumbangan Ramadan perkukuhkan aktiviti surau, masjid Parlimen Igan

MATU: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 59 surau dan masjid di kawasan Parlimen Igan pada majlis yang berlangsung di Dewan Terbuka Tian, Matu, semalam. Sumbangan tersebut sebagai usaha berterusan membantu pengimarahan institusi tersebut, khususnya sepanjang bulan Ramadan. Dalam ucapannya, beliau menyaran umat Islam agar terus meningkatkan amalan sepanjang bulan […]

Peranan masyarakat kenal pasti golongan memerlukan bantuan

KUCHING: Masyarakat harus memainkan peranan aktif dalam mengenal pasti golongan yang memerlukan bantuan di kawasan masing-masing. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, kerjasama erat antara pemimpin dan masyarakat harus diperkukuhkan bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. “Usaha tersebut merangkumi individu yang berdepan masalah kewangan, kesihatan serta mereka yang memerlukan […]

Pengagihan kerusi DUN perlu ambil kira keunikan Sarawak

KUCHING: Sebarang cadangan penambahan atau pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu mengambil kira keunikan demografi serta kepelbagaian etnik di Sarawak. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan setiap komuniti mempunyai ruang representasi sewajarnya dalam sistem pentadbiran dan proses pembuatan dasar. “Sarawak mempunyai masyarakat berbilang kaum […]

PEKEMA Sarawak bantu anak asnaf, anak yatim beli kelengkapan Aidilfitri

KUCHING: Seramai 100 orang terdiri daripada anak asnaf dan anak yatim diraikan melalui ‘Shopping Raya’ Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Sarawak Bersama Anak-Anak Asnaf di sini, hari ini. Menerusi program tersebut, anak-anak terbabit menerima baucar membeli-belah di AEON bernilai RM240 seorang. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri merasmikan program […]

Program Ziarah Ramadan MUT, SEB santuni masyarakat

SEBUYAU: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak bersama Sarawak Energy Berhad (SEB) meneruskan usahanya menyantuni masyarakat dengan menganjurkan Program Ziarah Ramadan dan Tanggungjawab Sosial di Masjid An -Nur Kampung Tebelu di sini. Simbolik penyampaian disempurnakan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi semasa program itu hari […]

Sarawak ungguli IPNas 2025 mengikut pecahan wilayah

SIBU: Sarawak mencatatkan skor tertinggi bagi Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2025 mengikut pecahan wilayah, sekali gus mencerminkan tahap perpaduan masyarakat yang kukuh di negeri itu. Menteri Perpaduan, Dato Sri Aaron Ago Dagang berkata, laporan IPNas yang dikeluarkan baru-baru ini merupakan kajian kali ketiga dilaksanakan bagi mengukur tahap perpaduan rakyat di negara ini. “Sarawak merekodkan pencapaian […]

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63 bincang bidang pendidikan, kesihatan

KUCHING: Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) baru-baru ini menerima pembentangan khas daripada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan. Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof berkata pembentangan tersebut melibatkan aspek pentadbiran serta beberapa perkara lain yang dipersetujui untuk diserahkan kuasa kepada Sarawak dan Sabah. “Banyak perkara telah mencapai persetujuan, termasuk beberapa bidang yang boleh diserahkan kepada […]

ADUN Satok meriahkan program agihan bubur lambuk

KUCHING: Sebanyak 1,500 pek bubur lambuk diagihkan kepada masyarakat di kawasan Satok sempena program Pengagihan Bubur Lambuk N8 Satok di Jambatan Datuk Amar Juma’ani di sini, hari ini. Pengagihan bubur lambuk disempurnakan Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan PETROS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki. Program tersebut merupakan anjuran bersama Pusat […]

Pemerkasaan wanita tunjang pembangunan mampan Sarawak

MIRI: Pemerkasaan wanita bukan sekadar isu wanita semata-mata, tetapi merupakan agenda pembangunan penting bagi memastikan masa depan Sarawak lebih mampan dan inklusif. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus berkata, apabila wanita diberi akses kepada peluang, pendidikan dan sokongan yang mencukupi, masyarakat akan memperoleh manfaat melalui keluarga yang lebih kukuh, komuniti yang […]

Projek Jambatan Sungai Paku bantu tingkatkan kemudahan perhubungan penduduk

SPAOH: Timbalan Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mengadakan lawatan tapak bagi meninjau kemajuan projek pembinaan Jambatan Sungai Paku di Jalan Tanjung Sebekut, Spaoh, hari ini. Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban hadir bersama pegawai […]