Sarawak bina lebih banyak rumah mampu milik berkualiti guna sistem IBS
KUCHING: Sarawak dalam usaha menyediakan lebih banyak rumah mampu milik berkualiti dengan melancarkan Kilang Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang dibangun LCDA CTR Technology Sdn. Bhd. Kilang dibina di Kuching dengan kos kira-kira RM29 juta itu akan mengeluarkan bahan komponen untuk pembinaan rumah dan komponen lain. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg […]
Projek mikroalga fasa kedua di Sejingkat dimulakan tidak lama lagi
KUCHING: Projek mikroalga fasa kedua di Sejingkat akan dimulakan tidak lama lagi. Perkara itu dimaklumkan oleh Pegawai Eksekutif, Dr Takanori Hoshino kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini. Delegasi Chitose Group diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Tomohiro […]
Ombudsman: SPRM puji Kerajaan Sarawak
KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik sekali gus memuji langkah Kerajaan Sarawak menubuhkan badan ombudsman di negeri Sarawak dalam usaha membendung rasuah. Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Dato’ Azam Baki berkata, Sarawak adalah negeri pertama di Malaysia yang menubuhkan badan ombudsman dan integriti. “SPRM sedia membantu Kerajaan Sarawak dalam menjayakan misi membendung gejala […]
Dr Wan Junaidi diberi taklimat pentadbiran Astana
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Astana hari ini selepas dilantik 26 Januari lalu. Mengiringi Tun ialah isteri beliau Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi. Setibanya di Astana, Tun Dr Wan Junaidi dan isterinya disambut oleh Pegawai Pentadbiran Kanan Astana, Riziandy Nawawi dan Setiausaha Sulitnya Junih Salleh […]
Projek LBP Sarawak dijadual siap April
MIRI: Projek Lebuh Raya Pan Borneo (LBP) Sarawak dari Telok Melano ke Miri dijadualkan siap pada April 2024 dengan Pakej Kerja WP11 kini 97.45 peratus siap, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata, kerja-kerja melibatkan reka bentuk semula pembinaan jajambat di Seksyen Lambir tidak akan menjejaskan keselesaan pengguna jalan raya kerana masih […]
Kerajaan Sarawak akan beri input perbaiki sistem PADU
LAWAS: Kerajaan negeri akan berusaha untuk memastikan rakyat Sarawak dapat mendaftarkan dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU). Sistem PADU adalah pendekatan terbaharu Kerajaan Persekutuan dalam menyalurkan bantuan subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar layak. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini khususnya mereka di kawasan luar bandar negeri ini dan satu […]
1,827 graduan CENTEXS terima sijil berasaskan industri
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak akan terus melatih modal insan untuk menjadi tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang teknologi. Beliau berkata, tenaga kerja berkompetisi dan mahir itu sangat penting bagi membangunkan sumber kekayaan yang dimiliki negeri ini menjadi sumber ekonomi. Sarawak kaya dengan sumber air, matahari, tanah, […]
Pengambilalihan tiga entiti bakal selesai tahun ini, lengkapi ekosistem ekonomi Sarawak
KUCHING: Kerajaan Sarawak dijadual mengambilalih Pelabuhan Bintulu, sebuah syarikat penerbangan dan bank komersial dalam tahun ini bagi melengkapkan ekosistem eknomi negeri. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengambilalihan Pelabuhan Bintulu dan sebuah syarikat penerbangan daripada Kerajaan Persekutuan secara rasminya pada Jun tahun ini. Manakala rundingan mengenai pengambilalihan bank komersial terbabit […]
Tiga lagi pusat hemodialisis bakal dibina
DEBAK: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan membina tiga lagi pusat hemodialisis di Spaoh, Beladin dan Kabong sebagai usaha mengurangkan kesesakan di Hospital Betong dan Pusat Hemodialisis Debak. Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat BDDA, baru-baru ini. Menurut Uggah yang juga Pengerusi BDDA, setiap pusat hemodialisis yang […]
Sarawak bakal terima kereta hidrogen model BMW 5 Series
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menerima sebuah kereta hidrogen daripada syarikat pengeluar kenderaan terkemuka iaitu BMW. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata syarikat itu hendak memberikan kereta hidrogen model BMW 5 Series terbabit kepada Putrajaya tetapi di sana tidak mempunyai hidrogen. “Oleh itu, mereka akan hantarkan kereta itu ke Kuching dan memberikan kita […]
