Peringati, hayati kisah di sebalik sambutan Hari Sarawak
BINTULU: Rakyat Sarawak diajak memperingati dan menghayati tarikh bersejarah 22 Julai 1963 yang menjadi detik bermulanya negeri ini ditadbir oleh anak Sarawak. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Hari Sarawak yang diraikan pada setiap tahun menjadi titik penyatuan rakyat untuk mengejar impian menjadikan Sarawak sebuah negeri yang maju menjelang 2030. “Adalah […]
Kajian sambung saluran gas ke rumah Bintulu dijangka siap tahun ini
BINTULU: Sarawak akan membuat penyambungan saluran gas di setiap rumah dan premis di Bintulu. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, satu kajian mengenai penyambungan terbabit sedang dijalankan. “(Kajian terbabit ) dijangka siap pada hujung tahun ini,” katanya semasa Townhall sempena Sambutan Hari Sarawak 2024 di sini, hari ini. Awang Tengah juga […]
Sarawak berpotensi jana 20 GW tenaga diperbaharui
BINTULU: Sarawak berpotensi menjana 15 hingga 20 gigawat (GW) tenaga bersih di masa hadapan melalui sumber tenaga boleh diperbaharui berasaskan solar terapung yang sedang dilaksanakan ketika ini. Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berdasarkan kajian Sarawak Energy Berhad (SEB), Empangan Hidro Batang Ai mampu menjana lebih 2 GW tenaga menerusi […]
Landas Kasihnya Warisan Raja Sungai Regata Mukah 2024
MUKAH: Gelaran ‘Raja Sungai’ Regata Mukah 2024 menjadi milik Pasukan Landas Kasihnya Warisan selepas berjaya mendominasi kategori Bidar 30 Pekayuh Lelaki. Penguasaan pasukan Landas pada edisi kali ini cukup gah apabila turut menguasai kedudukan dua dan tiga kategori utama itu menerusi perahu Landas Satu dan Landas Dua dalam aksi cukup sengit disaksikan oleh ribuan warga […]
Majlis Kesyukuran imarahkan sambutan Hari Sarawak 2024
BINTULU: Majlis Kesyukuran mengimarahkan sambutan Hari Sarawak 2024 yang diadakan di Masjid Assyakirin Bahagian Bintulu pada malam ini. Majlis dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi. Ia turut dihadiri Menteri Utiliti dan Telekomunukasi, Dato Sri Julaihi Narawi yang mewakili Premier Sarawak, Datuk […]
Dewan serbaguna SMK Sebuyau dibina baharu
SEBUYAU: Sebanyak RM500,000 dana diperuntukKerajaan Sarawak bagi membina baharu dewan serbaguna di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, ia akan memberi kemudahan kepada warga SMK Sebuyau terutama pelajar dan tenaga pengajarnya. “Dana berjumlah RM60,000 turut diberikan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini untuk kemudahan […]
Pesta Agro Sarawak tingkatkan kecekapan, pasaran petani
BINTULU: Pesta Agro Sarawak 2024 diharap mampu meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan industri pertanian dan memperluaskan pasaran produk petani tempatan. Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, acara itu juga diharap meningkatkan kecekapan serta inovasi kalangan petani dalam pengurusan sumber pertanian. “Saya juga berharap golongan petani menggunakan platform itu sebagai […]
Tiga pakej pembangunan PLSB tangani banjir dijangka siap 2026
KUCHING: Tiga pakej Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak bagi mengatasi banjir di bandar raya ini dijangka siap pada 2026. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, tiga pakej terbabit membabitkan keseluruhan kos berjumlah RM191 juta. Katanya, ketika ini dua pakej iaitu pakej satu […]
GPS pastikan keharmonian agama di Sarawak
BINTULU: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited memupuk persefahaman dan keharmonian masyarakat pelbagai budaya dan agama di Sarawak. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian berkata, GPS di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga memastikan keharmonian agama berkembang di Sarawak. “Premier menggesa kerjasamarakyat Sarawak termasuk […]
Tukun tiruan dilabuh di perairan Kabong bantu nelayan
KABONG: Jabatan Perikanan Laut Sarawak melabuhkan sebanyak 17 unit tukun tiruan jenis Kuboid Juvenil penghalang pukat tunda di perairan laut Kabong, di sini hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, ini adalah inisiatif kerajaan melalui jabatan itu bagi mewujudkan tempat pembiakan dan pemulihan hasil laut di negeri ini. “Saya percaya […]
