Pembinaan kompleks sukan daerah Lingga dilulus

SIMANGGANG: Kerajaan Sarawak melalui Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) telah meluluskan pembinaan kompleks sukan di daerah Lingga bernilai RM20 juta. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, kompleks sukan akan terletak bersebelahan tapak Pejabat Daerah Baharu Lingga yang berkeluasan 20.14 ekar. “Saya menghargai usaha Kerajaan Sarawak pimpinan Premier Datuk Patinggi Tan […]

142 bakal jemaah haji Sarawak berlepas hari ini

KUCHING: Seramai 142 bakal jemaah haji Sarawak dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini hari ini jam 10.25 pagi tadi. Kumpulan KT70Q ini dijadual berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LTAK) dan akan digabungkan bersama kumpulan bakal haji dari Pulau Pinang. Mereka seterusnya akan menyambung penerbangan ke Jeddah, Arab Saudi dijadual […]

Tunai haji: Visa umrah, pelancong tidak dibenar

KUCHING: Visa umrah, visa lawatan sosial atau pelancong kini tidak dibenarkan untuk menunaikan haji di Mekah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Dr Naim Mokhtar berkata, ia susulan Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa pengharaman penggunaan bagi visa-visa berkenaan. “Mana-mana pihak yang menggunakan visa berkaitan akan dikenakan hukuman berat kepada yang tidak […]

Eksport Sarawak kini berjumlah RM2.1 bilion

NIAH: Kedudukan ekonomi Sarawak kini berada di kedudukan kedua tertinggi di Malaysia. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkongsi pencapaian ini berdasarkan eksport Sarawak direkodkan Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM). “Eksport Sarawak kini berjumlah RM2.1 bilion di kedudukan kedua di belakang Selangor dengan RM3 bilion,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Melanggar […]

Ahli Majlis Daerah Lundu diminta turun ke lapangan

LUNDU: Ahli Majlis Daerah Lundu (MDL) perlu terus bekerjasama dan menjadi mata dan telinga kepada wakil rakyat kawasan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, mereka juga sentiasa berhubung dengan Ketua-Ketua Kaum Dan Masyarakat Daerah Lundu (KMKK) dan penduduk kampung. “Ahli majlis bukan hanya sekadar mengisi kerusi yang sedia […]

Wanita boleh dapatkan perkhidmatan kaunseling LPPKN

KUCHING: Seramai 285 wanita telah tampil mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam pelbagai isu kekeluargaan di Sarawak dari 2020 hingga 2023. Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dato Sri Rohani Karim berkata, ini berdasarkan rekod LPPKN Negeri Sarawak. “Saya ingin mengambil peluang ini untuk menggalak wanita yang memerlukan sesi kaunseling tampil mendapatkan bantuan atau rawatan […]

Masjid DUN Kabong terima peruntukan beli lembu korban

KABONG: Lima masjid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM120,000 bagi melaksanakan ibadah korban tahun ini. Masjid tersebut ialah Masjid Assabirin Kabong (RM40,000), Masjid Ar-Rahman Kampung Sessang (RM20,000), Masjid Ar-Rahim Kampung Gerigat (RM20,000), Masjid Lebai Mat Kampung Emplam (RM20,000) dan Masjid Tok Amal Kampung Nyabor (RM20,000). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) […]

Pusaka Timber Industries meterai dua MoU jalankan penilaian komersial pembangunan ladang buluh

CHINA: Pusaka Timber Industries Sdn Bhd memeterai dua Memorandum Persefahaman (MoU) bersama G-COVE Technologies Co Ltd dan Sichuan Vanov New Materials Co Ltd. MoU itu bagi menjalankan penilaian komersial terperinci pembangunan ladang buluh, pulpa dan produk berasaskan gentian di Sarawak. Pemeteraian MoU yang disaksikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan itu bakal […]

Wartawan sambilan terima caruman PERKESO mulai 1 Julai ini

KUCHING: Berita gembira buat wartawan sambilan atau ‘stringers’ apabila bakal menikmati caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula 1 Julai 2024. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Kementerian Komunikasi (KKM) melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) akan menampung caruman PERKESO untuk kesemua pengamal media dalam kategori tersebut bagi tempoh satu tahun. “Saya juga meminta agar semua organisasi […]

Jangan ungkit 3R

KUCHING: Menyebar maklumat harus mengandungi nilai-nilai kemanusiaan, melindungi kumpulan minoriti dan ilmu pengetahuan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, jika pengamal media menyebarkan maklumat berasaskan ketiga-tiga prinsip itu, Malaysia akan dapat diangkat menghadapi cabaran menggunakan kecerdasan bantuan (AI). Justeru, anak-anak muda harus dilatih memasukkan data dalam AI untuk digunakan oleh semua masyarakat, katanya […]