Dakwaan tiga projek jambatan Sarawak dibatal kerana SSLR tidak berasas

KUCHING: Dakwaan pembatalan tiga projek jambatan di Sarawak dibuat bagi memberi laluan kepada Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) pada 2018 adalah tidak berasas dan bercanggah dengan fakta. Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin berkata Hansard Parlimen dan Kerajaan Persekutuan tidak pernah menyatakan bahawa dana projek Jambatan Batang Lupar, Jambatan Kuala Igan dan Jambatan Rambungan […]

Debak bakal miliki kompleks pentadbiran baharu

DEBAK: Daerah Kecil Debak bakal menikmati kemudahan pentadbiran moden melalui pembinaan kompleks pejabatnya dalam usaha meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada rakyat. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak,Datuk Dr Mohammad Razi Sitam berkata, kompleks berkenaan berharga RM8.8 juta membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak menyediakan infrastruktur pentadbiran berkualiti bagi memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan. […]

Sibu perlu dibangun sebagai bandar pintar rendah karbon

SIBU: Sibu perlu meninggalkan kebergantungan terhadap industri pembalakan dan beralih kepada ekonomi baharu berteraskan teknologi serta pembangunan rendah karbon bagi menjamin kemakmuran jangka panjang. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bandar itu perlu dibangunkan semula secara menyeluruh sebagai sebuah bandar pintar rendah karbon yang dipacu teknologi baharu. Selain itu, ekonomi […]

Maludam Explorers bakal tarik pelancong domestik, antarabangsa

SEBUYAU: Dearah Lingga merancang mengadakan program Maludam Explorers pada Ogos ini untuk memperkenalkan lagi daerah terbabit dan kawasan Sebuyau dan Triso sebagai destinasi pelancongan negeri. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, program Meludam Explorers itu diyakini mampu menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara berkunjung ke Taman Negara Meludam. […]

Karnival Jom Heboh Sarawak Segulai Sejalai 2026 kembali meriahkan Kota Samarahan

KUCHING: Karnival Jom Heboh (KJH) Sarawak Segulai Sejalai 2026 kembali berlangsung di pekarangan sebelah Majlis Perbandaran Kota Samarahan mulai 31 Julai hingga 2 Ogos depan dengan pelbagai aktiviti hiburan, riadah dan kekeluargaan. Karnival yang memasuki edisi ke-23 itu diiktiraf sebagai Longest Running Outdoor Carnival oleh The Malaysia Book of Records, sekali gus terus menjadi antara […]

85 sekolah daif berjaya dibaik pulih

SELANGAU: Sehingga kini, pelaksanaan projek RM1 bilion Pembangunan Semula Sekolah Daif di negeri ini menunjukkan kemajuan memberangsangkan dengan 85 sekolah daif kritikal berjaya disiapkan. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Ing berkata, dengan siapnya 85 sekolah terbabit, ia memberi kepada ribuan murid di seluruh Sarawak. Kejayaan itu adalah hasil kerjasama […]

Premier Sarawak tunai solat Jumaat di Masjid An-Nur

SIBU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 3,000 jemaah di Masjid An-Nur, di sini, hari ini. Ketibaan Abang Johari di masjid pada kira-kira 12.30 tengah hari, disambut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee serta Pengerusi Jawatankuasa Masjid An-Nur Sibu Ustaz Ghaiazra […]

JKKK Rumah Panjang Uma harumkan nama Sarawak ADM Peringkat Kebangsaan

SIBU: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Panjang Uma Daro Liling Padong, Sungai Asap, Belaga berjaya mengharumkan nama Sarawak apabila menduduki tempat ketiga dalam Anugerah Aspirasi Desa Madani (ADM) yang berlangsung di Jengka, Pahang baru-baru ini. Menurut penasihatnya, Pemanca Umek Jeno berkata, JKKK Rumah Panjang Uma Daro tersenarai bersama-sama 13 lagi JKKK lain dari […]

Pembinaan loji rawatan air baharu Kanowit berjalan lancar

KANOWIT: Pembinaan loji rawatan air baharu berkapasiti 25 Juta Liter Air Sehari (MLD bagi memperkukuhkan bekalan air di kawasan Kanowit sudah bermula. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, pembinaan loji baharu terbabit membabitkan kos sebanyak RM185.2 juta berjalan lancar. Katanya, pembinaan loji baharu terbabit juga menjadi komitmen Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan […]

Wanita Parti PBB terus perkasakan program dekati rakyat

KUCHING: Ahli-ahli Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di peringkat cawangan mahupun ranting barus memperkasakan program mendekati rakyat. Ketuanya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, memperkasakan program mendekati rakyat itu akan membolehkan wanita parti ini menjadi fasilitator untuk bantuan yang disediakan kerajaan kepada rakyat. Katanya, pendekatan wanita Parti PBB seperti Program “Kamek Prihatin, Kitak Penting” […]