Sarawak buktikan kestabilan politik, perpaduan kaum bawa kemajuan – Pemuda Parti PBB
KUCHING: Sarawak menolak budaya politik yang memecah-belahkan rakyat demi kuasa, kerana negeri itu telah lama membuktikan bahawa kestabilan politik, keharmonian kaum dan agama adalah asas sebenar kemajuan. Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam kenyataan hari ini berkata, pada masa sama Sarawak turut memfokus kepada pembangunan rakyatnya. “Di Sarawak, kestabilan bukan slogan, ia adalah […]
Kelestarian teras pembangunan Sarawak, Abang Johari terima anugerah peringkat antarabangsa
KUALA LUMPUR: Kelestarian menjadi teras utama strategi pembangunan Sarawak selaras Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS 2030) yang menekankan pertumbuhan inklusif dan berdaya tahan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, hala tuju itu diperkukuh melalui tiga kerangka utama iaitu Dasar Peralihan Tenaga Sarawak, Pelan Induk Kelestarian Sarawak dan Pelan Hala Tuju […]
Yayasan Bintulu Port agih sumbangan pada institusi agama, pendidikan
BINTULU: Yayasan Bintulu Port mengagihkan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada masjid, surau dan institusi pendidikan di sini, hari ini. Sumbangan disampai menerusi Program Jelajah Kasih Yayasan Bintulu Port dan Tanggungjawab Sosial Korporat Bintulu Port Prihatin, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan menyantuni keperluan masyarakat setempat serta menyokong pembangunan pendidikan dan ummah. Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu […]
Fatimah terima Anugerah Khas MSDeaf
KUALA LUMPUR: Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) menganugerahkan Anugerah Khas kepada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, hari ini. Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufik Johari, sempena Anugerah Sukan Pekak Kebangsaan 2025 (ASPN 2025) di Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur. Anugerah Khas ini […]
Biro Pendidikan Islam Sarawak salurkan RM1 juta pada Institut Dakwah Islamiah PERKIM
KELANTAN: Kerajaan Sarawak menerusi Biro Pendidikan Islam Sarawak menyalurkan sumbangan berjumlah RM1 juta bagi pembinaan asrama pelajar lelaki Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP). Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dana tersebut sebagai usaha bersama menyediakan infrastruktur yang baik kepada institut tersebut yang terletak di negeri Kelantan. “Kita mempunyai asrama yang […]
Penduduk kawasan Paya Bakong, Debak terima cek pampasan projek infrastruktur
DEBAK: Kerajaan Sarawak membuktikan komitmen terhadap kebajikan rakyat apabila menyelesaikan bayaran pampasan tanah bagi projek naik taraf infrastruktur di negeri ini. Seramai 85 penduduk dari kawasan Paya Bakong dan Debak menerima cek pampasan dalam majlis penyerahan di Dewan Millenia Debak, semalam, yang disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam. Projek naik taraf […]
Peruntukan RM49.4 juta laksana enam projek pembangunan utama Maludam
BETONG: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sejumlah RM49.4 juta bagi melaksanakan enam projek pembangunan utama di kawasan Maludam di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA). Ia bertujuan memperkukuhkan infrastruktur dan kesejahteraan penduduk luar bandar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, peruntukan itu melibatkan projek mitigasi banjir, sistem saliran, kemudahan komuniti serta penempatan […]
Wanita Sarawak terima manfaat program Wanita Dinamik, PERANTIS – Nancy
KUCHING: Seramai 21,274 wanita di seluruh negara berjaya menjana pendapatan dan berdikari menerusi Program Wanita Dinamik sejak diperkenal 2021. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, di Sarawak sahaja hampir 8,000 wanita menerima manfaat program berkenaan, dengan setiap peserta diberikan geran RM500 bagi menyokong perusahaan kecil masing-masing. “Bagi Sarawak, hampir RM4 […]
Perkasakan peranan wanita, diberi peluang buat keputusan dalam Kerajaan Sarawak
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan bekerjasama padu dengan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kebahagiaan dan kesejahteraan wanita di negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, berdasarkan Indeks Kebahagiaan Rakyat tahun 2024, wanita di Sarawak merekodkan skor lebih bahagia berbanding lelaki, iaitu 7.54 berbanding 7.52. Katanya, wanita yang sejahtera dari segi fizikal, […]
Peruntukan RM30 juta laksanakan projek Tebingan Sungai Sematan
SEMATAN: Projek Tebingan Sungai Sematan akan diteruskan dengan kelulusan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, peruntukan tambahan ini bagi menyambung laluan tebingan sungai sedia ada sehingga ke kawasan Normah Seafood Family di Tanah Hitam I. “Projek tersebut turut merangkumi pembinaan sebuah jeti baharu […]
