Sarawak rancang bina Kompleks Sabal tahun depan

KUCHING: Sarawak merancang memulakan pembinaan Kompleks Sabal bernilai RM65 juta pada tahun depan, sekali gus membuka sebuah pusat pemuliharaan dan ekopelancongan baharu di Hutan Simpan Sabal di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata pembangunan itu akan menyediakan kemudahan asas, pusat penyelidikan, kemudahan […]

Sarawak catat kemajuan dalam sektor petrokimia, minyak dan gas

KUCHING: Kompleks Metanol Sarawak berjaya mengeksport lebih 750,000 metrik tan metanol ke pasaran utama termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Vietnam, Indonesia dan India. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Dr. Malcolm Mussen Lamoh berkata, ini menunjukkan Sarawak terus mencatat kemajuan ketara dalam sektor petrokimia serta minyak dan gas Katanya, Sarawak Petchem kini melaksanakan […]

Sarawak, CUPA bincang perkenalkan intervensi baharu perkasa pencapaian STEM

KUCHING: Perbincangan intensif dengan Cambridge University Press and Assessment (CUPA) diadakan bagi memperkenalkan cadangan dan intervensi baharu untuk mempertingkat pencapaian pelajar dalam Matematik dan Sains di Sarawak. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ia susulan keputusan Ujian Penilaian Program Dwi Bahasa (UPDLP) mengesahkan wujudnya kelemahan ketara dalam kedua-dua […]

Kerajaan Sarawak terus pertahankan hak NCR, 1.2 juta hektar diukur

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus menegaskan komitmennya dalam mempertahankan hak rakyat terhadap tanah Adat Bumiputera (NCR) selaras dengan peruntukan undang-undang tanah yang berkuat kuasa. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, melalui Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu yang bermula pada Oktober 2010 hingga 31 Oktober 2025, sebanyak kira-kira […]

50 tahun Rukun Tetangga perkasakan komuniti, kukuhkan perpaduan

KUCHING: Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Rukun Tetangga (RT) menekankan kepentingan kerjasama menyeluruh dalam memperkukuh perpaduan komuniti, sekali gus meninggalkan pendekatan lama yang berasingan atau ‘silo’. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata kejayaan gerak kerja Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bergantung kepada kolaborasi erat antara kementerian, agensi dan pihak berkepentingan, […]

Program ‘Back To School’ EKUINAS ringankan beban murid

MUKAH: Seramai 200 murid menerima pakaian seragam dan kasut sekolah melalui Program ‘Back To School’ anjuran Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS). Program tersebut mendapat kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat P213 Mukah, yang berlangsung di Dewan Serbaguna Bukit Engkerbai hari ini. Majlis penyerahan disempurnakan Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib, yang menzahirkan penghargaan […]

Pesta Besaug kukuhkan identiti, integrasi budaya Melanau

DALAT: Pesta Besaug Dalat 2025 sekali lagi memperlihatkan peranannya sebagai platform berprestij dalam memperkukuh identiti dan integrasi budaya Melanau. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, berkata pelbagai acara tradisi dan moden berjaya menghimpunkan masyarakat dalam suasana penuh perpaduan dan kemeriahan. Katanya, penganjuran tahun ini menyerlahkan kekuatan budaya Dalat yang […]

Larian Bomba Sarawak 3.0 dekatkan anggota dengan masyarakat

BINTULU: Kejayaan Larian Bomba Sarawak Bersama Komuniti 3.0, berjaya menarik 2,860 peserta. Ini mendorong Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memperkenalkan acara baharu, Larian Bomba Bintulu 1.0, bermula tahun depan. Pengarah JBPM Sarawak, Jamri Masran, berkata sambutan luar biasa itu menunjukkan sokongan padu masyarakat Bintulu terhadap program komuniti. Beliau menjelaskan, program berkenaan bukan sahaja […]

Khatam al-Quran jadi landasan bentuk generasi beradab, berilmu

MATU: Majlis Khatam al-Quran anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Bruan Mapal bukan sekadar acara pengiktirafan kepada pencapaian murid, malah menjadi platform melahirkan generasi Islam yang berakhlak mulia, berilmu dan beradab tinggi. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, pembudayaan membaca dan memahami al-Quran perlu dijadikan amalan berterusan kerana ia menjadi tunjang membentuk sahsiah pelajar, khususnya luar […]

TYT, Toh Puan meriahkan Karnival Medan Niaga Satok

KUCHING: Karnival Medan Niaga Satok 2025 kembali meriah apabila Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, menghadiri acara tersebut di sini, pagi tadi. Dalam kemuncak program hari ini, Toh Puan tampil mengendalikan demonstrasi masakan khas dengan memperkenalkan tiga hidangan istimewa iaitu […]