Parti PBB mutiara pembangunan negeri

MIRI: Sarawak akan terlibat dalam pengeluaran ammonia hijau dengan teknologi baharu bagi negara ini tidak lama lagi.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini selepas beliau bersama Perdana Menteri berkunjung ke Jepun baharu-baharu ini.

Katanya, beliau kemudian dibawa berbincang dengan Perdana Menteri Jepun mengenai kerjasama Jepun dan Malaysia bagi mengeluarkannya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) Cawangan Zon Utara, di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, ini menjadikan masa depan Sarawak cerah dan harap Parti PBB terus menjadi mutiara pembangunan di negeri ini.