Penubuhan sekolah antarabangsa utara Sarawak perkasa pendidikan

MIRI: Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pujut, Dato Lukanisman Awang Sauni menyokong resolusi pembinaan sekolah antarabangsa Yayasan Sarawak di Utara Sarawak.

Katanya, penubuhan sekolah tersebut penting untuk memperkasakan pendidikan negeri sekali gus memacu nilai pendidikan bertaraf antarabangsa.

“Dan memang menjadi harapan delegasi pewakilan di utara Sarawak agar sekolah antarabangsa Yayasan Sarawak dapat dibina di utara Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Perwakilan PBB Zon Utara yang melibatkan 18 cawangan di sebuah hotel di sini, semalam.

Mesyuarat berkenaan dirasmikan Yang di-Pertua Parti merangkap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, resolusi yang dibentang berhubung kedudukan Miri sebagai bandar pengguna minyak iti untuk mengukuhkan Petros.

“Ia untuk menyokong dasar-dasar Premier berhubung industri tenaga.

“Dan juga resolusi yang dibentang memohon agar kerusi baharu DUN dan juga Parlimen di bahagian utara. Kerusi itu dituntut untuk dimiliki Parti PBB,” katanya.

Lukanisman berkata, zon utara menyokong dasar-dasar tersebut untuk menjadikan bahagian itu sebagai salah satu jelapang padi di Sarawak.

“Itu untuk ekonomi dan mewujudkan kluster baharu terutama di pesisir utara Sarawak diwujudkan satu badan berkanun.

“Itu adalah tuntutan terbesar dan sudah pasti delegasi juga menyokong segala dasar-dasar Premier dan menantikan pengumuman yang besar,” katanya.

Katanya, ini melibatkan ekonomi, insentif kerajaan yang akan diberikan kepada rakyat,” katanya.

Zon utara membentangkan 12 resolusi dari 18 cawangan membabitkan 1,386 perwakilan.

Antara resolusi yang dibentang Naib Yang di-Pertua Kanan parti, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom itu memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Premier Sarawak yang juga Yang di-Pertua parti, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan mengekalkan beliau sebagai Yang di-Pertua Parti PBB tanpa dipertandingkan.