Pelajar, guru SK Kpg Sawai Parlimen Igan lawat Parlimen

KUALA LUMPUR: Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Kpg Sawai dari Kawasan Parlimen Igan mengadakan lawatan ke Parlimen di sini, hari ini.

Rombongan itu seramai 25 orang terdiri daripada pelajar yang diiringi oleh guru sekolah berkenaan.

Dalam lawatan itu, mereka berkesempatan berjumpa dan makan tengah hari bersama Yang Di Pertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awg Ali Basah.

Mereka juga akan melawat beberapa tempat menarik di sekitar bandar raya ini dalam lawatan sambil belajar selama lima hari itu.

Hadir sama, Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu dan Ahli Parlimen Tanjung Manis, Yusuf Abd Wahab.