LAWAS: Sarawak Multimedia Authority (SMA) disaran mengenal pasti produk-produk unik di kawasan ini yang perlu didaftar di bawah perlindungan hak harta intelek.
Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata, ini kerana Lawas mempunyai produk seperti Ikan Tahai Lawas, Garam Bukit dan Beras Adan.
“Saya berharap SMA bersama Jabatan Pertanian Sarawak Daerah Lawas segera mendaftar Garam Bukit Lawas dan Beras Adan dibawah perlindungan hak harta intelek,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa perasmian Seminar Pemerkasaan Harta Intelek 2024 Daerah Lawas anjuran Sarawak Multimedia Authority(SMA) di Lawas, hari ini.
Hadir sama ialah Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Ketua Unit Perlesenan, Inspektorat dan Penguatkuasaan SMA, Steward Sayong dan Pegawai Tadbir dari Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak, Jabatan Premier Sarawak, Zawawi Rambli.
