SONG: Seramai 47 keluarga terbabit Program Kesedaran Kebersihan, Keselamatan dan Kesihatan Penduduk di Rumah Kanyan Banta, Sungai Lajan, di sini.
Program anjuran Majlis Daerah Kapit (MDK) selama dua hari dan antara aktivitinya ialah demonstrasi memadamkan api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Song dan pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Kesihatan Song.
Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi menekankan kebersihan, keselamatan dan kesihatan sangat penting dalam kehidupan ketika menyempurnakan perasmian program hari ini.
“Sebelum terjadi apa-apa yang tak diingini, eloklah kita beringat sebelum terkena,” katanya.
Selain itu, beliau juga memberi peruntukan sebanyak RM5,000 untuk digunakan anak-anak yang tinggal di Rumah Kanyan Banta bagi aktiviti serta kebajikan mereka.
