ASAJAYA: Projek kabel bawah tanah bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan elektrik di kawasan Asajaya dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun tahun ini.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, projek berkenaan akan memanfaatkan seramai 70,000 penduduk di Asajaya termasuk Sadong Jaya dan Sebuyau.
“Memandangkan sambutan Hari Raya tahun ini lebih awal dari tarikh siap projek, kita telah meminta Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk meningkatkan kapasiti bekalan elektrik pada musim perayaan ini,” katanya.
Ahli Parlimen Samarahan itu berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Program Pautan Kasih Parlimen Kota Samarahan Zon Asajaya di sini, semalam.
Pada program itu, Rubiah turut menyantuni seramai 264 golongan asnaf bagi memudahkan urusan mereka menjelang Aidilfitri nanti.
