LUBOK ANTU: Unit Sosio-Ekonomi, Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah RECODA mengadakan lawatan tapak bagi meneroka potensi akuakultur di Batang Ai, di sini, hari ini.
Menurut kenyataan media RECODA, mereka bersama Borneo Eco Fish Sdn Bhd mengadakan sesi libat urus bersama peserta Inisiatif Pendapatan Rakyat-Inisiatif Usahawan Tani(IPR-INTAN).
“Seramai 20 peserta menyertai inisiatif ini untuk memperkasakan usahawan B40,” katanya.
Menurutnya ini dengan kemahiran, pengetahuan dan akses pasaran bagi menjadikan akuakultur sebagai sumber pendapatan yang mampan.
RECODA juga menambah dengan sokongan latihan, bantuan kewangan dan peluang pasaran, peserta dapat membina keyakinan serta meningkatkan keupayaan mereka dalam mengembangkan perniagaan akuakultur yang berdaya saing.
