Sarawak tubuh SISCOM, pacu perkembangan teknologi satelit

KUCHING: Sarawak akan menubuhkan Jawatankuasa Industri Angkasa dan Satelit (SISCOM).

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata jawatankuasa itu ditubuhkan kementerian terbabit bersama agensi berkaitan dan akan dipengerusikan beliau sendiri.

Katanya antara agensi itu ialah seperti Sarawak Multimedia Authority (SMA), Measat Global Berhad (MEASAT), Jabatan Tanah dan Survei(JTS) dan Jabatan Peguam Negara Sarawak.

“Matlamat kami (SISCOM) adalah untuk mewujudkan ekosistem teguh yang menyokong pertumbuhan dan aplikasi teknologi satelit merentasi pelbagai sektor” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Taklimat Teknologi Satelit oleh MAESAT di sini, hari ini.

Julaihi berkata ini dengan aspirasi untuk Sarawak memiliki dan mengurus aset teknologi satelit sendiri suatu hari nanti yang berpotensi memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di negeri ini.

“Inilah impian kerajaan Sarawak. Jadi mudah-mudahan kita boleh merealisasikannya,”katanya.