LINGGA: Sebanyak 494 tangki air sumbangan Kerajaan Sarawak akan diagihkan secara berperingkat-peringkat kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga, bermula hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, permohonan tangki air daripada penduduk pada 2021 itu membabitkab 247 unit untuk kawasan Maludam.
Manakala, Triso, 241 unit untuk kawasan Lingga serta enam unit tangki air untuk kawasan Sri Aman.
“Sumbangan itu membantu menyelesaikan masalah penduduk ketika berdepan dengan musim kemarau terutama bagi yang tidak mempunyai tempat simpanan air.
“Saya berharap penerima bantuan menggunakan kemudahan dengan berhemah,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa melakukan simbolik pengagihan tagki air sumbangan kerajaan Sarawak di Padang Futsal, Perkarangan Masjid Darul Hana Lingga, hari ini.
Turut hadir wakil dari Pejabat Daerah Lingga, Isabill Lipa Mungoz dan Mohamad Firdaus Jahar, Penghulu Wan Amit Wan Kamil.
